Kehilangan : Rahmat atau Bencana ?


Salam Alaikum ^^ 

SUMBER


Lagi beberapa hari genap setahun aku berblogging untuk kali kedua setelah aku tutup blog lama. Aku rasa aku tak pernah cerita pasal mak aku dalam blog. Dan hari nih tetiba rasa nak cerita pasal mak aku. 

Aku panggil mak aku umi. umi aku manusia paling garang, tegas, dan kadang kadang mak aku manusia yang sporting. Masa aku kecil, selalu sangat kena marah, kena rotan dengan penyangkut baju sebabnya apa yang mak aku kata JANGAN yang itulah yang aku buat dan selalunya aku akan kantoi dengan mak aku. haha

Masa kecil dulu, bila orang tanya aku "Sayang mak ke sayang ayah ?" jawapan aku selalunya ayah. Ayah aku tak pernah marah aku seperti mana mak aku marah aku, ayah aku tak pernah pukul aku, ayah aku sentiasa simpan rahsia aku dan kalau result exam teruk, aku akan bagitahu ayah aku dan aku siap pesan lagi jangan bagitahu umi. 

Masa awal buka persekolahan dan aku baru melangkah masuk ke tingkatan dua dan adik bongsu aku baru tiga hari masuk darjah satu, secara tiba-tiba mak aku meninggal dunia. Mak aku takde sakit apa-apa cuma demam biasa je. Mak aku meninggal masa tidur dan takde orang sedar, 

Pagi tuh, aku keluar rumah macam biasa. Sampai sekolah pukul 6.45 pagi, abah yang hantarkan ke sekolah. Pukul 8.00 pagi masa kelas Math Teacher Azizah, tetiba ada orang bagi salam dan aku nampak adik aku dekat luar kelas pakai baju sekolah. Aku tanya adik aku kenapa datang sekolah aku, dia cuma diam. Pak cik yang aku tak kenal, yang datang dengan adik aku jumpa dengan teacher dan aku tak tahu apa yang dikatakan. Habis pak cik tuuh cakap dengan teacher, teacher panggil aku dan suruh aku balik dan teacher cakap "kamu sabar eh".

Dan bila aku kehilangan seorang ibu, baru aku sedar yang umi aku sebenarnya manusia paling best yang aku pernah ada, Baru aku sedar yang aku sayang umi aku. Dan kesedaran aku tuh dah lambat. Terlalu lewat aku sedar. Dan aku selalu salahkan diri aku. Aku selalu cakap yang mak aku mati sebab aku, 

Sampailah aku baca satu buku dan terjumpa ayat yang lebih kurang bunyinya begini : 

"Kadang kita rasa kenapa tuhan ambik anak aku , ambik mak ayah aku. Kita rasa tuhan tuh kejam. Sebenarnya tak. Cuba fikir, mungkin tuhan ambik anak kamu sebab kamu belum bersedia jadi ibu ayah, mungkin kalau anak kamu hidup, kamu akan jadi ibu bapa derhaka, tak mampu nak didik anak kamu dan mungkin juga anak kamu bakal jadi anak derhaka andai kata dia hidup. Tuhan ambik mak ayah kamu, sebab dia nak lindung kamu dari jadi anak derhaka, Tuhan tak nak kau abaikan mak ayah kamu bila diorang dah tua, tuhan lindung kau berbuat jahat terhadap mak ayah."

Lepas aku baca ayat tuh, baru aku tenang dan aku bersyukur sebab semua yang berlaku ada hikmah dan ada baiknya. Untuk yang masih punya mak ayah, syukur dan buatlah baik sehabis boleh, bahagiakan mereka. Mungkin sekarang, korang rasa annoying gila bila mak ayah selalu marah, selalu tanya macam macam, selalu nak atur itu ini. Tapi, percayalah cakap aku yang bila kau hilang nikmat adanya ibu ayah, masa tuuh baru kau rasa benda yang selama nih kau rasa annoying, benda tuhh lah yang mewarnai hidup kau selama ini.


Sekian, 
Coretan anak yang merindui ibunya. 
KC 
09112016
0954
KK3, KL

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Betul jugak tu. Yg trsirat tu indah kalau kita paham btol btol

    ReplyDelete
  2. Al fatihah buat arwah. Dorang marah tanda syg mana ada ibu x sayang anak

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^