REVIEW BUKU : SEYOGIA AMAL HAMSAN


Salam alaikum ^^



Tajuk : Seyogia
Penulis : Amal Hamsan
Terbitan : Lejen Press 
ISBN : 978-967-11585-8-6
Harga : RM 20.00


SINOPSIS BELAKANG BUKU : 

Pertemuan mereka tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walau permulaannya sama namun yang hujungnya jelas tiada persamaannya.

Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. Cinta antara mereka terus-terusan membuta. Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.

SINOPSIS DAN PANDANGAN AKU :

Untuk yang memang suka baca buku sedih sedih, disarankan untuk kalian baca buku nih. Buku nih dah lama terbit cuma aku baru beli sebabnya aku baru jumpa setelah hampir setahun aku cari. 

Meh aku bagi sinopsis ringkas sikit pasal buku nih. Buku nih cerita tentang Jazreen atau lebih mesra dipanggil Jard. Jard ada sorang abang namanya Sot yang memang sayangkannya tahap gaban. Diorang punya mak ayah selalu bergaduh dan tak pernah bagi perhatian dekat Sot dan Jard. 

Suatu hari Sot berubah perangai bila mana dia bergaduh dengan ayahnya dan Jard seolah olah hilang kasih sayang seorang abang. Jard satu-satunya pelajar perempuan kelas pertama yang ditangkap merokok dan Jard hidup sendiri tanpa teman sehinggalah Azzad berpindah ke sekolah yang sama dengan Jard. 

Perjalanan Jard membawa diri mempertemukan Jard dengan Laila dan bermula dari situ hidup Jard berubah. 

Serius aku memang sarankan korang baca buku nih. Pada aku buku nih mengisahkan tentang kasih sayang antara abang dan adik, gelora perasaan anak-anak yang diabaikan, dan perjalanan mencari identiti yang hilang tanpa arah. 

Babak yang paling sedih, masa Jard lindung abang dia dari dipukul oleh ayahnya, masa abang dia peluk tenangkan dia pun sedih jugak. Pendek cerita banyaklah babak sedih dalam buku nih. 

Aku sarankan korang jangan baca buku niih dalam khayalak ramai. Bertapa azabnya nak tahan air mata hanya tuhan je tahu. Aku haritu baca masa tunggu kelas, orang ramai, tetiba sampai babak sedih yang amat. Maka terpaksalah aku tutup buku buat buat main phone. Nak cover air mata. Hahahahaha 

Aku bagi 4/5 bagi buku niih, satu mata hilang sebabnya penulis tak nyatakan punca pergaduhan mak ayah Jard dan penulis tak nyatakan dengan terperinci kenapa Sot berubah dari sudut Sot. 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. suka kalau cerita berdasarkan kekeluargaan . macam dekat je dengan kita :)

    ReplyDelete
  2. Baru beli ea? Saya dah lama tak pi beli buku :P

    ReplyDelete
  3. why kak whyyyy? hahaha bila nak beli lagi ni :')

    ReplyDelete
  4. bleh try bace ni. masuk wishlist dlu :)

    ReplyDelete
  5. sedih baca sinopsis citer ni. banyak pengajaran buat kita dalam mendidik anak2

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^