I Need A Holiday LAH ! .... Escape With Traveloka to Sabah


Salam Alaikum ^^ 

Sejak awal bulan 12 haritu, banyak aku tengok rakan rakan blogger update entry menggunakan #MyTravelokaEscapade. Dan petang kelmarin check email, dapat jemputan untuk join contest bersama TRAVELOKA . Disebabkan aku rasa sejak masuk belajar nih, stress aku makin melampau makanya aku dengan penuh semangat taip entry niih nak bagitahu semua orang yang aku sangat perlukan holiday dan lagi menarik kalau holiday aku ditaja. Siapa yang tak nak kalau holiday tanpa keluarkan duit ? 😎



Dan pilihan aku untuk melarikan diri adalah SABAH. Dalam 10 buah tempat yang diberikan pilihan, banyak lagi dooh tempat menarik yang kau boleh pilih ! Kenapa pilih Sabah ? 😣 Meh baca dulu sampai habis dan korang pasti nak ikut aku pergi Sabah. 


Desa Cattle Dairy Farm

Source

Aku bukannya minat sangat dengan lembu tapi aku suka minum susu lembu dan aku suka makan aiskrim susu serta produk makanan yang ada susu. Nyum Nyum ... Produk makanan yang ada susu lembu semuanya rasa enak lemak dan itu yang membuatkan diri makin besar. hoho. Bila pergi ke Desa Cattle Dairy Farm niih korang boleh cari ketenangan disebalik rimba hijau di gunung bukit sambil menikmati produk tenusu. Dan bila sampai kesana seolah olah sampai ke New Zealand. Segala stress yang melanda otak kau masa tuu akan terbang bebas dibawa angin lalu. 


Pantai Kelambu 

Source

Dah sampai Sabah, tapi tak pergi pantai-pantai yang ada di Sabah maka tak sempurnalah percutian ke Sabah. Antara pantai yang aku teringin nak pergi di Sabah adalah Pantai Kelambu. Sambil menikmati keindahan air laut, boleh berpicnic sambil layan baca buku. perghh, alangkah bahagiannya hidup. Dan dekat pantai niih, boleh jugak memancing. Petang petang, boleh berjalan sambil tengok matahari tenggelam. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan ?



PULAU MANUKAN
source
Antara pulau yang best di Sabah adalah Pulau Manukan. Antara salah satu cara nak lepaskan stress adalah bergambar dan Pulau Manukan antara tempat yang cantik untuk bergambar. Lagipun di Pulau ini, boleh snorkeling,. Dan kalau korang nak tahu, Pulau Manukan niih ada bentuk yang unik seakan akan ikan paus.Bila otak tengh serabut, dihidangkan dengan permandangan yang airnya tenang biru kehijau-hijauan. Alangkah tenangnya jiwa. Hilang segala beban di kepala dicampak buang jauh ke dasar lautan.

Mari Mari Culture Village



Bila sampai Sabah tapi tak kenal dengan budaya dan suku kaum etnik yang ada di Sabah amatlah rugi. Dari info yang aku dapat Sabah terdapat lebih kurag 60 etnik dan setiap etnik mempunyai bahasa yang tersendiri. Dan bila kau sampai Sabah, antara tempat untuk kenal budaya etnik lain adalah di Mari Mari Culture Village. Dekat sini dikumpulkan 5 etnik utama yang terdapat di Sabah dan dikekalkan tradisi tradisional setip etnik. Aku sangat suka belajar loghat orang lain dan bagi aku kita perlu belajar mengenali adat tradisi etnik lain agar dapat memahami satu sama lain :) 

Pasar Filipina 

source
Dan bila namanya perempuan, antara perkara yang wajib ada dalam listnya ialah shopping. Jenis aku, bila aku tengah stress ubat yang paling mujarab adalah shopping. Tapi ubat niih takkan menjadi mujarab bila mana poket aku tengah bocor koyak rabak 😂 Pasar kraftangan atau lebih dikenali sebagai pasar filipina antara tempat shopping barangan cenderamata,mutiara, dan produk tempatan yang femes di Sabah. Pasar nih dipanggil sebagai Pasar Filipina sebabnya dulu tempat nihh merupakan pelarian Filipina dan memang sampai ke hari ini yang berniaga di situ adalah orang Filipina. Mana tahu pergi sini dapat jumpa Jericco Rosales. muahaha.


Sebenarnya banyak lagi tempat yang best di Sabah. Kalau aku nak senaraikan tempat yang aku teringin nak pergi jejak di Sabah sangatlah banyak. Dan aku mengharapkan yang aku dapat membuang segala masalah aku dibalik gunung Kota Kinabalu, dibawa berlayar ke laut dalam ditelan obor obor. 


Sabah antara negeri yang masih kaya dengan flora dan fauna dan amatlah beruntung jika aku dapat menjejakkan kaki ke sana. 😁



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Siqah pun teringin pergi sabah! Serius! Rasa sabah dah cantik sangat dah 😍 Good luck awak =) Siqah nak join jugak tapi tu lah tak sempat nak buat entry. Bila ek last ni?

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^