Last Day Semester 1


Salam Alaikum 

Rasa macam baru je, apply masuk UM, datang orientasi , tapi sedar sedar dah habis sem satu. Last kelas untuk sem satu kelmarin 16/12/2016 dan kelas yang terakhir adalah kelas titas. 




Selalu tak sedar bila miss masuk kelas, sebab gaya miss macam student 😄

Habis kelas semalam, berlari lari siapkan assignment untuk subjek Literasi sebab kelmarin last day untuk submit assignment dan aku masih tak siapkan satu bahagian lagi. Pukul 2.30 petang turun dari bilik nak pergi print sekali tengok, ya ampunn, ramai gila yang beratur nak print assignment. Pergi Library, nak print assignment tapi kedai tutup. Turun dari library, aku pergi makan dulu, sambil fikir nak pergi print dekat mana. Siap makan, aku pergi balik library dan alhamdulillah kedai tuuh bukak. Maka pukul 4 petang selamat submit assignment aku. 

Dan pada sebelah malam pulak ada dinner untuk jabatan aku. Hakikatnya, aku malas nak pergi sebabnya aku takut program malam tuuuh bosan dan aku ada satu lagi assignment yang tak siap siap. Tapi, aku paksa diri pergi jugak sebabnya, aku kesian dengan pensyarah. Diorang boleh datang jauh jauh, takkan aku yang duduk tak sampai 5 minit niih tak boleh pergi. 



Inilah classmate aku semua yang akan aku jumpa selama 7 Semester sepanjang di UM niih 😉 Dan sebenarnya , ini kali kedua kitorang ambik gambar satu kelas, tapi masih tak cukup orang sebabnya ada 3 orang lagi budak laki dah balik awal.  Aku suka kacau diorang niih sebabnya reaksi respon diorang tuuh comel. Kadang kalau aku cakap main main, diorang percaya je, hakikatnya aku kelentong je puuuun, 😂 dan kadang, ada je yang aku ngajing, tapi diorang tak faham 😂 polos gileer diorang niih

Sebelum masuk sini aku tak pernah kenal pun diorang niih melainkan sorang kawan kelas aku masa diploma. Mula mula jumpa diorang niih, aku macam, boleh ke aku nak kawan dengan diorang niih ? sebab aku tak biasa kawan dengan orang yang muda dari aku (majaroti dalam kelas aku, muda dari aku. ada 4 orang je sama baya dengan aku). Tapi bila dah mula berkawan, ok je diorang niih. Walaupun masih ada lagi yang tak keluarkan perangai sebenar. muaheehe .. Biasa lah tuuh. Tapi aku yakinlah yang semester akhir nanti akan keluar segala jenis perangai aneh aneh tuuh. So, last semester nanti, aku cerita perangai diorang sorang sorang. 😛




Dalam gambar niih ada Ketua jabatan, Pensyarah pensyarah Jabatan Syariah & Ekonomi, ada PA ketua jabatan, wakil alumni dan semua pelajar tahun 1 sehingga 4 . Dinner diadakan semperna ucapan selamat tinggal kepada kakak kakak, abang abang tahun 4 yang akan tamat pelajaran diorang.


Dan dinner semalam sangatlah best. Makanan banyak dan sedap. Disebabkan sedap sangat sampai terlupa nak ambik gambar makanan. Ngee . 

Gempaklah dinner semalam. Memang #Seharibersamaseabadterasa



p/s :

Untuk Classmate aku yang baca entry niih, mohon diam diam sudah. 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. wah kim chaa dah last kelas? tahniah!!!
    saya minggu depan baru last...apa2 pun all the best utk final exam ya!!!

    ReplyDelete
  2. tahniah kimchaa dah nak habis sem pertama..

    ReplyDelete
  3. yang pakai jubah itam tu kan kan kan? ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Wahhh congrats dah last kelas KC! And good luck final exammm!

    ReplyDelete
  5. Best kan dah habis sem 1. Rasa sekejap je =) Best zaman belajar. Kumpul banyak2 kenangan dengan kawan2 sebab nanti semua itu pasti dirindui 😍

    UM rupanya. Dekat je dengan ofis siqah. Hihi

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^