Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik ? Mampukah ?

Salam Alaikum ^ll^



Lelaki dengan perempuan, bolehkah berkawan baik ? Aku tahu dah banyak orang tulis benda niih dan aku tetap memilih untuk tulis tentang benda niih.

Orang kata, lelaki dan perempuan boleh berkawan baik. Orang kata, lelaki lebih memahami perempuan dan lelaki suka kawan dengan perempuan sebabnya perempuan lebih caring berbanding kawan lelaki yang mana akan ngajing kau habis habisan bila kau jatuh longkang tetiba. Perempuan pulak kata, yang lelaki nih lebih memahami dan lelaki niih lebih bersifat pendengar bila diceritakan masalah. Lelaki akan bagi solusi yang matang bila berdepan masalah sedangkan perempuan cuma tahu berkata sabar dan sabar.

Orang lain pulak berkata, perempuan dan lelaki sama sekali tidak boleh berkawan baik. Lelaki akan terjatuh bila mana dia berkawan dengan perempuan tambah tambah bila kawan perempuannya cantik. Lagi cantik kawan perempuan, lagi cepat lelaki terjatuh. Orang kata, lelaki cepat perasaan. Perempuan pun kadang sama. Selalunya bila lelaki dan perempuan berkawan pasti akan ada salah seorang tergelincir. Kalau tak percaya cuba tengok cerita Kuch Kuch Ho Tai. Itu buktinya yang nyata lagi jelas, salah seorang pasti akan tersungkur dengan mainan hati.

Itu kata orang. Kata aku, Lelaki dan perempuan tak mustahil untuk berkawan tapi untuk menjadi sahabat baik itu mustahil. Magnet akan tertarik bila caj positif dan negatif bertemu. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan.

Persahabatan diantara perempuan dan lelaki itu berbeza. Susah untuk dijaga hingga ke akhir.  Ada yang kata, hati itu boleh dikawal dan kataku, hati itu tak dapat dikawal. Hati itu tidak punya remote control. Hati itu sifatnya bolak balik. Hati itu mainan rasa. Sebelum tersungkur, lebih baik bina tembok yang dapat melindungi hati kau dari tersungkur dengan longlai.


KC
16 Nov 2016
NOTE:
Hanis Zalikha dengan Hairul Azreen *eh betul ke nama dia?*  dulu pun kawan baik jugak dan berakhir dengan perkahwinan. ✌ 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. note dekat bawah tu memang betul :D

    ReplyDelete
  2. bagi saya kan kim chaa...entahlah kenapa saya rasa geli hati sgt baca entri ni...hahahahahha *ops sorry*

    bagi saya tak mustahillah mereka nak berkawan tnpa ada sebarg perasaan...sebabnya, benda tu kta yg kawal...so, terpulang pada setiap individu tulah...kan kan?

    ReplyDelete
  3. i got a girl friend.Now you realised why have space between girl and friend?Its friendzoned ahahaha anyway.Aku ada kawan baik perempuan but im not in the same boat with this case.Aku terpaksa tinggalkan kawan baik perempuan aku sebab nak jaga hati kawan laki aku sebab kawan laki aku tu boyfriend dia.So aku decide lebik baik aku berundur bagi chance tuk dorang sebab aku tau kawan perempuan aku tupun happy kalau aku tak de...ahahaha sedih tak citer? :P

    ReplyDelete
  4. ya betoi,,bila lelaki dan perempuan berkawan baik adakalanya akan ada mainan hati dan perasaan yang mengusik jiwa

    ReplyDelete
  5. Untuk jangka masa panjang tak kot, kecuali status tu akan bertukar jadi pasangan hidup, hahaha. Tapi terus terang lah kalau zaman belajar, lebih baik kawan berlainan jantina, less drama, opss. hahaha.

    ReplyDelete
  6. btl tu lelaki lebih memahami kalau sebagai kawan la kalau TEMAN ISTIMEWA TIDAK!!! hahahahahah... kena letak frindszone ni!! hihihihi.. iya ke lelaki ni mudah persn, baru tahu

    ReplyDelete
  7. Kwn baik lain jantina ni ade batasnya. Tp caye lah lame lame ad la tu tmbul cmburu. Dh tmbul cmburu tu mknenya, jatuh cintaaaa :)

    ReplyDelete
  8. Biasa, lelaki mendekati wanita dan nak jadi kawan, ada niat..biasa dia mula dengan suka.. Dan lelaki lebih suka bermula dengan kawan baik.. mostly based on true stories..

    Bukan mustahil tapi susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  9. X rajin pulak ada kwn lelaki nj. X thu lah mcm mana rasa 😅 hahaa

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^