Manusia Pilihan : Nik Idzni Dalila


Salam Alaikum ^^

SUMBER GAMBAR : Twitter

DR. Nik Idzni Dalila anak kelahiran Bachok,Kelantan. Ketika berusia 21 Tahun (2013) disahkan sebagai pesakit kanser buah pinggang. 


Aku mula kenal dengan dia awal tahun niih. Aku kenal dekat Instagram. Mula tengok dia aku tak tahu pun yang dia niih pesakit kanser. Masa jenjalan dekat IG dia aku rasa dia manusia yang beruntung yang mana semua tuhan bagi dekat dia sampailah bila aku terbaca satu post dekat IG suami dia, baru aku tahu yang rupanya dia pesakit kanser. Tetiba teringat kata kati Wani Ardy:

"Kau manusia kau tak boleh ada semua" 

Bagi aku dia adalah manusia yang hebat, manusia yang gagah, manusia pilihan Allah. Allah tarik nikmat sihat dari dia, Allah tarik balik nikmat buah pinggang tapi dia masih tetap bersyukur dan masih boleh tersenyum bahagia menjalani hidup dia. Dia positif lagi dengan hidup dia. Walaupun lepas dia tahu yang dia sakit kanser, dia tetap nekad teruskan penggajiannya di London dalam bidang perubatan. Berjuang lawan penyakit di perantauan tanpa ibu ayah cuma mengharapkan doa dari jauh. 

Dia pernah cakap dalam rancangan Safiyya TV9, 

"Kanser bukan satu hukuman mati yang perlu difikirkan, tetapi sebagai titik permulaan untuk berubah agar lebih menghargai diri."

Hari ini genap setahun perkahwinan dia dengan suaminya Kamal Effendi, dan pada hari ini jugak dia dipanggil pulang bertemu Tuhan. Walaupun tak pernah bertemu mata, tapi tetap sedih bila dapat tahu dia meninggal. Aku yang tak pernah berjumpa dah menangis teresak esak, macam mana pulak dengan family dia ? Moga Allah cekalkan hati hati mereka. Moga Allah tempatkan sebaik baik tempat untuk Dr. Nik Idzni Dalila.



Note : 

1. Allah bagi ujian yang hebat untuk orang yang hebat :)
2. sedih bila baca catatan kakak dia T____T
3. Esok bermulanya final exam . Moga dipermudahkan :)

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Sedih baca viral kat fb, semoga Allah mengampunkan dosanya dan menerima kebaikannya.

    ReplyDelete
  2. Akak baru mengenalnya hari ini..ya hari ini bila ada rakan yang berkongsi..sangat terinspirasi...ketulusan hati suaminya..kejernihan hati insan yang diuji juga..moga Allah terima setiap redha dan ikhlasnya..moga dia menjadi bidadari syurga..

    ReplyDelete
  3. Sedih :( Siqah baru tahu kisah arwah. Terkesan sungguh di hati. Semoga arwah berada dalam golongan yang disayangi Allah. Amin.

    ReplyDelete
  4. salam akak pun baru kenal arwah pada hari pulangnya dia ke Pencipta. moga ditempatkan di tempat yang terbaik disisiNya

    ReplyDelete
  5. dah bacaaa. :( hmm.. smoga arwah berada dalam kalangan org beriman. amin...

    ReplyDelete
  6. kisah dia orang nih sedih sangat sangat . moga suami dia akan terus tabahhhh

    ReplyDelete
  7. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

    ReplyDelete
  8. it give me goosebumps. and inspire a lot of people. T__T. alfatihah.

    ReplyDelete
  9. good luck sys. hehe, aina pun teringin juga nak pergi sabah tu. dia punya pantai pantai dia. ya allah. cantik giloos. T_T

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^