Review Drama Korea : Oh My Geum Bi


Salam Alaikum ^^


Tajuk : Oh My Geum Bi / My Fair Lady 2016
Pengarah : Kim Young Jo
Siaran : KBS2
Episod : 16 
Tayangan : Rabu dan Khamis 10PM (Waktu Korea)
Tayangan : 16 November 2016 - 5 Januari 2017
Pelakon : Heo Jung Eun (Oh Geum Bi),
 Oh Ji Ho (Mo Hwi Chul),
 Park Jin Hee 


SINOPSIS RINGKAS : 

Cerita ini mengisahkan tentang Oh Geum Bi yang berusia 8 tahun yang ditinggalkan mak ciknya dengan sehelai kertas yang mengandungi alamat rumah ayahnya. Geum bi ni budak bijak dan dia ada kelebihan baca 'tarot card'. Geum Bi tak pernah kenal siapa ayahnya, sehinggalah mak ciknya tinggalkan dia, barulah Geum Bi pergi ke alamat yang mak ciknya beri. Ayah Geum Bi, Mo Hwi Chul ni pulak adalah seorang penipu. Kerja dia memang penipu dan dia kena tangkap dengan polis disebabkan kes penipuan yang dia buat. Dan nak dijadikan cerita, dia terlepas dari dikenakan tindakan penjara disebabkan Oh Geum Bi. Mo Hwi Chul nih tak percaya yang Geum Bi niih anak dia dan dia rancang nak hantar Geum Bi ke rumah anak yatim.

Oh Geum Bi niih sebenarnya ada penyakit Dematia. Dematia nih adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel secara abnormal. Ayah Geum Bi niih mula berubah bila wujudnya Geum Bi. Dia dah start hargai kehidupan.

KENAPA PERLU TENGOK DRAMA NIH ? 

Setakat hari aku taip entry niih, cerita nih baru sampai episod 3. Dari episod satu sampailah ke episod 3 bagi aku cerita dia sangat menarik, jalan penceritaan dia masih tersusun. Drama nih mengisahkan tentang hubungan kasih sayang ayah dengan anaknya. 

Aku tak minat sangat Oh Ji Ho, tapi aku tengok jugak drama nih disebabkan budak perempuan kecik tuuh, Geum Bi. Dia pelakon muda yang sangat pandai menghayati watak. Korang pernah tengok filem Miracle Of Cell No 7 ? kalau korang rasa cerita tuh best, korang patut tengok cerita nih. Atau korang yang sukakan drama bertemakan kasih sayang anak dan ayah, memang digalakan untuk korang tengok,

Kalau masih tak yakin yang drama nih best, korang boleh tengok press conference untuk drama nih dulu :)


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^