Sinopsis Buku Buku: Giveaway Preloved Buku 2017 Part 1

Salam Alaikum ^^ 


Sebelum aku lancarkan Giveaway Preloved Buku 2017 aku nak kenal kenalkan dulu dengan buku buku yang bakal dihadiahkan kepada pemenang nanti. Untuk part 1 aku kenalkan dua buah buku yang bertajuk Paranoia dan Selumbar.

Tajuk: Paranoia
Penulis: Hani Suraya
Keluaran: Fixi

Sinopsis belakang buku

Kes #1: Untuk mengetahui siapakah perempuan misteri yang kerap hadir di dalam mimpi berulangnya, Mahmud terpaksa menerima pertolongan dari suzana.

Kes #2: Kes kehilangan makhluk paranormal kian meruncing kerana setiap insiden pasti diakhiri dengan kematian tragik. Yang pasti, itu bukan kerja manusia biasa. Norin dan Jimmy harus pantas!

Dengan bantuan Dektektif Rina – manusia biasa yang naif tentang paranormal – dan Leon- makhluk Troll yang gila-gila – siasatan demi siasatan dijalankan dan menyatukan halatuju kedua-dua  kes itu. Semuanya mengheret IDBW Investigation ke dalam permainan paranoia yang dicaturkan oleh Raja Kegelapan, yang datang untuk menjajah dan meluaskan empayarnya!

Pendapat aku

Buku Paranoia nih sambungan dari Paranormal. Aku tak pernah baca pun buku Paranormal tuh dan tetiba baca buku nih. Bagi aku yang tak pernah baca buku pertama, maka buku nih sedikit membosankan. Lagipun aku kurang berminat dengan buku buku yang membawa kita menjelajah ke planet lain dan manusia manusia yang ada kuasa yang aneh aneh. Bagi itu, itu cuma fantasi yang kekal fantasi. Kalau dari susunan ayat, menarik sebabnya aku mampu jugak habiskan bacaan walaupun genre bukunya aku kurang minat. Penyampaian menarik dan mampu membuatkan pembaca membayangkan apa yang cuba digambarkan oleh penulis. 

Tajuk: Selumbar
Penulis: Ikmal Ahmad
Keluaran: Lipur Lara

Sinopsis belakang buku

Hidup aku seperti ada selumbar yang tertanam di dalam kaki. Aku ada dua pilihan – membiarkan ia terus tertanam di situ atau menariknya keluar. Malangnya bagi aku, kedua dua pilihan itu memaksa aku berdepan dengan kesakitan. Dibiarkan, kaki aku akan bernanah; menghalang aku terus ke hadapan.
Ini kisah Razin, seorang yatim piatu yang tinggal di Kampung Bayangan. Seperti mana kampungnya, Razin hidup dalam bayangnya sendiri; menumpang kasih orang kampung serta dua rakan baiknya, Yasmin dan Arif. Di mata orang kampong, Razin adalah seorang ustaz muda yang disayangi seperti anak mereka sendiri.

Sufi baru kembali dari hijrahnya di Kuala Lumpur. Dia ingin menebus kembali matlamat hidupnya yang sebelum ini tidak tercapai – yang dia percaya hanya bergantung kepada ibunya. Walaupun dia tahu yang mengubah bayang-bayang menjadi realiti adalah sesuatu yang mustahil, dia terpaksa membuat pilihan. Dia harus memilih antara hati ibunya atau hatinya sendiri.

Pendapat aku

Buku ini mengisahkan tentang ustaz homoseksual yang diangkat menjadi imam kepada masyarakat kampung. Bagi aku, selumbar yang tertanam itu bukan hanya dalam hidup Razin tapi dalam hidup masyarakat andai dia terus diangkat sebagai pemimpin. Aku kurang bersetuju dengan buku ini sebabnya penulis seolah olah mengambarkan yang homoseksual itu tidak salah dan masyarakat perlu menerima golongan ini. Memang cerita sekadar cerita, tapi bagi aku buku memberi pengaruh besar kepada si pembaca dan buku mampu mengubah dasar pegangan manusia. Buku ini tidak patut dibaca bagi golongan yang bernafsu songsang.


Next Review : Langit Petang dan Awek Chuck Taylor

p/s: Jangan lupa nanti join Giveaway Preloved Buku 2017. Don't worry syarat mudah mudah je ;)



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Owh kena baca paranormal dulu ye.. akak cari.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Excited nak join GA bila tgk hadiah buku. Semua buku tu belum dibaca lagi. Hehe

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^