Sembang: Kim Bok Joo

Salam Alaikum ^^ 





Sebelum bermulanya Semester Kedua esok, aku nak sembang sembang tentang drama korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo. Dalam lambakan drama korea, aku rasa Weightlifting Fairy Kim Bok Joo nih antara drama yang terbaik dan best. 😍

Cerita nih ada 16 episod dan setiap episod semuanya best. Korang akan gelak, sedih, annoying, dan semua rasa yang lain. Bagi aku drama niih menceritakan tentang kasih sayang dengan orang sekeliling kita. Kasih sayang dengan ibu ayah, kasih sayang abang adik, kasih sayang kawan kawan, kasih sayang dalam team. 

Bagi aku, Kim Bok Joo niih macam matahari. Dia menyinari hidup semua orang. Dari drama niih banyak yang aku belajar, antaranya: 

  1. Seorang ayah sanggup korbankan dirinya demi untuk capai impian anaknya
  2. Takde ibu yang tak sayangkan anak
  3. Bila kita selalu buat baik, tolong orang bila susah, Tuhan akan mudahkan urusan kita
  4. Kejayaan kita di masa depan adalah disebabkan usaha kita hari ini.
  5. Bila dah usaha, jangan lupa mohon dengan yang Esa
  6. Tak perlu malu dengan diri sendiri dan yang penting kita sendiri kena yakin dengan diri sendiri
  7. Tak perlu jadi orang lain untuk jatuh cinta
  8. Kita akan lebih kuat bila kita bersatu
  9. Sahabat yang baik akan bahagia dengan kejayaan sahabatnya
  10. Bila kita memaafkan dan melepaskan sesuatu dengan redha kita akan bahagia
Dan banyak lagi benda yang aku dapat belajar dari drama niih. Kadang pembelajaran melalui drama itu lebih mudah untuk difahami. :)



Untuk yang tak pernah tengok drama nih, aku cadangkan korang tengok drama niih :) 


Sekian,
Sembang bersama KC 😉



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Okeyy, bila tengok pint nom satu dgn nom dua tuh, konfem akan ada drama air mata kalau tengok cite nih. Harhar

    ReplyDelete
  2. Siqah nak tengok drama ni! Tak sempat lagi. Ramai kata drama ni best <3

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^