REVIEW BUKU: Arkitek Jalanan Teme Abdullah

Salam Alaikum ^^



Tajuk : Arkitek Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
Keluaran : Iman Publication
ISBN : 978-983-2423-43-0
Harga : RM 30 Sem. Malaysia
RM 33 Sabah/Sarawak


Sinopsis Buku : 

To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap,
"Belajarlah kerana Allah."
setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh 
nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.
Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah 
ayat-ayat daripada budak-budak usrah. 


Tapi sebenarnya kan...
Aku tak pernah faham pun maksud
'belajar kerana Allah' tu.


Sinopsis dari Aku :


Hari ketiga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL 2017) baru sempat pergi dan baru sempat cari buku nih. Kalau korang nak tahu, buku nih berjaya dijual 200 buah dalam masa 1 Jam lebih, masa hari pertama PBAKL dan ramai gileer yang beratur demi untuk mendapatkan buku nih. Nasib baik aku pergi masa hari ketiga, maka kesesakannya dah berkurangan. Itupun, masih tetap kena beratur masa nak bayar. 


Korang pernah baca tak buku Pelukis Jalanan ? Kalau tak pernah baca, sila dapatkan buku nih terlebih dahulu. Jadi bila korang baca buku Arkitek Jalanan korang boleh faham jalan ceritanya. Hee .. 


Buku Arkitek Jalanan nih sambungan dari buku Pelukis Jalanan. Dalam buku nih diceritakan bagaimana penulis berhempas pulas menulis buku Pelukis Jalanan di saat tahun akhir. Masa baca penghargaan dekat bahagian buku pun aku dah start menangis, gelak bagai. Rasa macam-macam masa baca penghargaan, Terharu sebab ada sambungan buku Pelukis Jalanan pun ada. haha

Dalam Buku Arkitek Jalanan nih ada dua watak utama iatu Teme dan Ahmad (Kawan baik Teme). Bila korang baca bab 1, mungkin korang akan pening pening tak paham jalan cerita, tapi bila korang baca bab 19 dan 22 korang akan faham segala cerita. Dan dalam buku nih, aku rasa Wani tuh, sangat beruntung dan aku kejelesan ! huargggh...  Kalau korang nak tahu kenapa ? sila baca buku ini. hahaha 



Dalam buku nih ada 22 bab dan semua bab best kecuali bab 1, sebabnya rasanya macam tak menarik sangat. hehe. Antara cerita yang ada dalam buku nih : 

  • Kisah orang yang judge orang tanpa kenal siapa orang yang dia judge 
  • Kisah Teme yang bagi galakan dekat Ahmad untuk buktikan Student Melayu boleh dapatkan First Class dan itu bukan mustahil.
  • Kenapa perlu gunakan tittle agama ? dan adakah dengan jadi Arkitek itu, nilai agama hilang ? Adakah dengan tidak bergelar ustaz atau orang agama, tidak layak digelar alim ? 
  • Kisah manuskrip Pelukis Jalanan disampahkan
  • dan kisah bagaimana dua sahabat yang saling menguatkan antara satu sama lain. 


Bagi aku, buku nih, banyak menimbulkan persoalan dan pemikiran yang bertentangan dengan arus yang orang zaman sekarang buat. Dan apa yang difikirkan oleh Teme adalah sama dengan apa yang aku fikirkan, cumanya aku tak tahu nak fahamkan masyarakat macam mana dan aku harap dengan penulisan Teme membuka pemikiran masyarakat kita terutamanya isu Penunggang Agama yang semakin hari, semakin parah. Melalui buku nih, aku rasa Teme beruntung dikurniakan sahabat sebaik Ahmad yang sentiasa sedarkan saat Teme leka dengan nikmat dan Ahmad pun beruntung ada kawan yang sentiasa bagi dorongan untuk Ahmad di saat Ahmad give up.
 

Antara quotes yang best dalam buku nih : 

Datang sini nak belajar, bukan main-main 

Inilah perangai orang kita, Kalau orang tak buat, kita tak ikut. Suka ikut orang, tak pernah fikir untuk jadi berani dan buktikan kita boleh.

Peniaga ni ada dua golongan. Golongan pertama ialah orang yang berniaga sebab nak majukan Islam. Golongan kedua pula ialah orang yang gunakan Islam untuk maju berniaga.

Kau dah tumbuh sayap dah pun. Tapi kau takut nak terjun dan terbang. Kau perlukan tolakan keyakinan oleh seseorang.


Bila ujian datang ketuk kau ke bawah, kau down macam inilah penghujung dunia.


Tidurlah, teruskan bermimpi. Teruskan angan-angan. Dan orang yang mengambil keputusan untuk tidak hanya bermimpi akan bangun kejar, mimpi itu. Sedangkan kau masih tidur.



Dan banyak lagi quotes lain yang menarik . :) 

Siapa yang patut baca buku ni ? Anda yang sedang gagal dalam perjalanan mencari ilmu, Anda yang sedang rasa "kenapa dia lagi hebat dari aku ?" , Anda yang perlukan motivasi diri, Anda yang penuh masa lapang, ibu ayah yang perlukan bahan untuk motivasikan anak anak dan senang cerita, semua orang perlu baca buku nih. Serius best. Aku berjaya habiskan dalam tempoh 3 Jam Setengah untuk buku nih.  



Notes : 

1. Minta maaf kalau ayat tunggang terbalik. Dah lama tak menaip. Jadi susunan ayat kelam kabut. Ngeeeeeeee
2. Sekiranya Teme atau Ahmad baca blog aku, aku cuma nak cakap terima kasih untuk kalian kerana telah menginspirasikan ramai anak muda untuk terus mencari ilmu dan terus kejar cita cita. Moga Allah memberkati hidup kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian. Moga buku ini menjadi saham pahala untuk Teme :) 





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. buku niiiiiiiiiiii! saya tak sabar nak grab
    geram je baca review org lain yg dh beli buku ni T__T InsyaAllah esok gak nk pegi serang buku ni hahaha!

    ReplyDelete
  2. teringinnya nak baca buku ni. kena balik dulu baru boleh beli sob sob

    ReplyDelete
  3. nak beli online....huhuhuhu nak pergi pesta buku, dah xda mood nak bersesak2...insyaAllah ada rezeki nak baca buku nih! :D

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dari Amerzing. Jemput join segment bloglist saya. :)

    ReplyDelete
  5. Nak beli buku ni jugak. 😭😭😭

    ReplyDelete
  6. Dah lama tgok tp x beli lagi hehe..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. buat masa sekarang boleh beli di website iman publication. Dalam masa sebulan baru masuk bookstore

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^