Review MYLARA Skincare Basic Set

11:07:00 PM

Assalamualaikum ^^ 


Basic Set

Disebabkan esok kelas aku start lambat, jadi malam ni, aku nak review satu produk penjagaan kulit MYLARA Skincare. Dah lama aku dengar pasal produk MYLARA Skincare ni. Ramai yang pakai, cakap produk Mylara ni best sangat. Sebelum ni, kawan aku pernah cuba pakai MYLARA Skincare dan dia cakap produk MYLARA ni antara best produk penjagaan kulit yang dia pernah cuba pakai. Sebabnya, kulit dia jenis sensitif dan bila dia pakai Alhamdulillah, kulit dia makin ok. 

MENGENAI MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan


MYLARA Skincare ni, ada dua set iaitu Basic set dan Advance Set. Apa beza dua ni ? 😊


1. Basic Set 



Apa yang ada dalam Basic Set ni ? 

Korang akan dapat 3 item iaitu; 4 in 1 Collogen Cleanser (60ml), Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g), dan Revitalizing Night Cream (7g).

2. Advance Set


Apa yang ada dalam Advance Set ni ?

untuk advance set ni pulak, korang akan dapat 4 item iaitu Collogen Cleanser (60ml), Matte Miracle CC Cream SPF 30  (7g), Revitalizing Night Cream (7g) , Glowing Gel (7g) dan Facial Toner (60 ml)

Apa beza Basic Set dan Advance Set ? 

Kalau korang nak bersihkan muka dari kotoran, nak buang segala blackhead, nak pastikan kulit korang terjaga dari sinaran matahari (Sunblock), nak putihkan kulit, pudarkan parut, kurangkan jeragat, buang segala jenis jerawat dan nak treatment kulit untuk malam sahaja , aku sarankan korang pakai basic set nih pun dah ok. 

Tapi kalau korang nak buang blackhead, kecutkan jerawat, nak bersihkan pori-pori, nak hapuskan jerawat, pudarkan jerawat dan parut dan nak dapatkan treatment siang malam aku syorkan korang guna yang advance set. Dalam advance set, korrang akan disertakan sekali dengan Glowing Gel yang mana dalam Glowing Gel ni ada 97% kandungan aloe vera. 

Bahaya tak Mylara Skincare ? 

Selalunya, kita tak suka pakai produk Malaysia. Yelah, produk Malaysia ni, terkenal dengan repackaging balik produk yang ntahpape, pastu packing cecantik, jual memahal kan ~~~  

Korang tak perlu risau, sebabnya MYLARA ni ada kelulusan KKM. Lagipun bahan yang digunakan untuk menghasilkan MYLARA ni, adalah bahan semulajadi. 





4-in-1 Collagen Cleanser (60ml) adalah Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Manfaat utama :
- Praktikal, bersih dan efektif
- Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
- Membersih wajah
- Eksfoliasi lembut
- Menyamakan tona kulit dan melembutkan
- Menganjalkan kulit
- Menyerikan wajah

Bahan utama :
Ekstrak Betik - melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa - anti iritasi, memberi kelembapan
Ekstrak Lidah Buaya - melembap dan melembut
Kolagen larut - memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Best tak pakai MYLARA ni ? 


Best. Aku dah try yang Basic Set. Dalam basic set tu kan ada 4 in 1 Collogen Cleanser dan kalau korang nak tahu, cleanser nih wangi sangat. Dan dia punya testur lembut bila usap dekat muka. Untuk yang Matte Miracle CC Cream SPF 30 nih, aku pakai masa siang. Bagi aku cream siang item paling best dalam set nih, sebab korang cuma calit sikit sikit je, dah boleh tutup segala cela kat muka. Dan yang paling penting, cream siang MYLARA nih tak berminyak dan pakai berjam jam pun rasa selesa je. Dan untuk  Revitalizing Night Cream yang bertindak sebagai cream malam tuh, sangat ringan dan selesa bila pakai. Dan yang best tak melekit. Terus meresap. Bila tidur tu, bau wangi je.







Macam mana nak dapatkan produk MYLARA SKINCARE ? 


Website: http://www.mylaraskincareofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mylaraskincare/
Instagram: https://www.instagram.com/mylaraskincare/
Atau korang boleh whatsapp terus ke 013- 9200 960

atau e-mail mylaraskincare@gmail.com
Korang juga akan di guide oleh Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh direct tanya kat beliau.


You Might Also Like

4 comments

  1. semua lawa2 kt feedback tu ! wahhh .

    ReplyDelete
  2. macamne nak cek no kkm tu, sbb kat kotak mylara xde pon NOT kkm tu sis..

    ReplyDelete
  3. Salam sis, cmne nak cek produk mylara ni sbb kod kat botol o produk dia ni xde pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok di http://npra.moh.gov.my/index.php/2016-08-02-06-37-27/products-search/notification-search-2

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^