Kahwin Muda

Salam Alaikum ^^ 


Ada yang rindu dengan aku tak ? hahaha ... Dah lama rasa tak tulis merepek bercerita kat sini, Hmm, dah kenapa, tiba-tiba tajuk entry kahwin awal ? nak kawen ke sis ? Hmmm, taklaaah. cuma nak cerita pasal manusia yang kawen awal.





Petang tadi, aku scroll twitter, saja bosan. Tetiba ternampak ada orang retweet tweet yang kat atas tuh, terus aku gelak dan terbayang satu pasangan muda yang baru kawen nih. Tiap-tiap hari post gambar sweet intifado πŸ˜† dengan caption yang islamik gilaaa kononnya. Orang lain pun kawen jugak, tapi takde lah setiap hari buat story, post gambar dengan caption sawit mawit islamik gituuu😏


Aku nak komen sikit jenis manusia yang macam nih : 


Aku tahulah korang kawen awal nak bagitau semua orang yang kawen nih best, tapi sikit-sikit je boleh tak ? kesian lah weiii dekat kitorang yang tak kawen nih 😭 kalau yang jenis tercepat terangsang nafsu, tak ke kesian dekat diorang nih ? taksalah korang nak post gambar, nak bagitau seluruh pelusuk dunia yang korang happy dan tengah bahagia sebab kawen, tapi berpada-pada lah. Tahukan, Islam tak ajar untuk berlebih-lebihan 😌

Sebelum nih, aku sangat suka tengok pasangan kawen awal, sebab aku rasa "hebatnya diorang nih. muda-muda dah boleh galas tanggungjawab yang MasyaAllah berat nak mampus". Antara pasangan yang kawen awal, yang aku suka tengok dari dulu sampai sekarang Irine Nadia, Dena Bahrin, dan Irma Hasmie. Diorang punya kisah cinta aku rasa comei sangat. Diorang pun post je pasal pasangan diorang masa awal-awal kawen, tapi dalam masa seminggu dua gitu jelah. Lepas dah habis fasa tu, diorang takde dah laah, tiap hari post pasangan masing-masing dengan caption potong kaki πŸ˜† Walaupun diorang tak post, tapi aman bahagia je rumah tangga diorang. Dan aku doakan moga rumah tangga diorang sampai syurga😍


Hmm, banyak pulak aku bebel. Kang nanti ada yang cakap aku jeles sebab orang lain boleh kawen awal aku takdapat πŸ˜† Chill, fasa menggatal aku dah habis. Fasa nak kawen awal tuh dah takde. Fasa hidup aku sekarang, tengah fikir macam mana nak dekat dengan Tuhan ? Bukan lagi fasa menggatal. Sekarang, rasa malas nak fikir bab jodoh, tapi cuma mampu fikir bab crush je dulu.  Moga crush aku jodoh aku. hahaha 😜

Gambar Ehsan Pak Cik Google


Note: 

Artis Korea yang dah kahwin pun, takde masa nak buat story, post gambar sweet mawit macam korang 😝

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. ermmmm when it comes to this, im totally speechless

    ReplyDelete
  2. Orang lain pun kawin jugak tapi tak menunjuk sangat kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. kenapa kita pun rasa benda yg sama hahaha

    ReplyDelete
  4. e'in pun takde hari-hari nak update pasal laki.. haha :p

    ReplyDelete
  5. orang taknak tahu pun pasal hal family kita

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^