MANDI MANDA - SUNGAI PISANG

12:00:00 PM

SALAM ALAIKUM ^^ 


Cuti hujung minggu bulan lepas, aku dengan kawan-kawan pergi Sungai Pisang, Gombak. Sungai Pisang, nih antara tempat kebiasaan orang pergi mandi, berkelah, camping bagai. Sungai Pisang nih terletak dekat highway Karak, kalau tak silap lah πŸ˜…  

Kitorang bertolak dari UM pukul 9 pagi lebih lebih gitu, dan sampai sana lebih kurang 9.45 gitu lah Entah, tak ingat sangat. Tapi yang pasti, sekejap je lah. 



Sebelum nak ke Sungai Pisang tuh, kena lalui terowong karak nih dulu. Aku tak pasti, betul ke tak, nama terowong nih, terowong Karak πŸ˜… Terowong nih ada dua dan kitorang bergambar dekat terowong sebelah kiri. Kalau korang malas nak pergi mandi dekat Sungai Pisang tuh, nak mandi dekat sini pun dah ok. Cumanya dekat kawasan sini, air tak dalam sangat, biasa-biasa je. 



Dah lalu terowong kena naik bukit pulak untuk panjat ke kawasan highway. Masa nih aku memang taknak panjat πŸ˜†Stress aku bila kena panjat panjat nih, hilang lemak aku .. muahahaha ..  Takdelah tinggi mana pun bagi orang yang selalu hiking, tapi bagi aku yang tak suka hiking, panjat panjat nih, apaak ahhh stresss panjat πŸ˜‚



Akhirnya, Sampai !! 😍 nih gambar air terjun dekat Sungai Pisang tuh . Serius ! Memang best gila air dekat sini !! Sejuk dan bila mandi tuh puas gila. Air dekat kawasan nih macam dalam sikit, aku pergi main dekat kawasan nih, sambil bergantung dekat kawan aku, sebabnya takut lemas. Hehe 


Muka- muka ceria dan bahagia dapat mandi air terjun. hahaha. Dari mula sampai, sampailah nak balik kitorang berendam dalam air. Orang lain, masuk keluar, masuk keluar, kitorang still dalam air. Kawan aku yang lain, semua dah keto sejuk gedi, mandi lama-lama. Keluar keluar dari air terus kelaparan. Dah lapar, baru tahu ajak balik cari makan 😁 




Nih lah 4 orang gadis yang pergi mandi-manda dekat sini. Masa nih kitorang mandi dekat kawasan air yang tak berapa laju dan dalam sangat. Sebabnya dekat kawasan air yang dalam tuh, ramai budak laki mandi dekat situ. Kebetulan masa kitorang pergi tuh, ada group mana ntah, bercamping dekat situ.





 Nih masa semua orang dah sejuk, bergetar-getar dah badan masing-masing. Tapi aku dengan kawan aku sorang tuh, masih setia duduk dalam air, taknak keluar πŸ˜†



Budak yang pakai tudung hitam tuh tengah tahan sejuk πŸ˜† 


Setelah semua dah puas main air, kelaparan dan hampir nak zohor, maka kitorang pun balik. Kitorang balik dalam pukul satu. 


Haa, sebelum lupa, bila korang pergi parking dekat kawasan luar tuh, dia minta RM 3  untuk sebiji kereta dan untuk setiap kepala nak masuk RM 1. Kawan aku ada tanya " Kak, kalau pendek, boleh tak gabung dua, jadi satu. Kiranya RM 1 untuk dua orang ? " Aku rasa macam nak cekik je, sebab paham sangat, dia tengah nganjing aku πŸ˜‘ 


Gambar sempat ambik yang nih je, untuk keadaan lain, tak sempat ambik. Inipun, ehsan gambar dari kawan aku yang rajin nak ambik gambar πŸ˜…

Kalau korang nak tahu lebih lebih lagi pasal Sungai Pisang nih bolehlah pergi blog orang lain. Kihkihkih 


Ok, done bercerita. 
dah ! Nak pergi siapkan assignment pulak 😊
Babaiii si cantiks 😘







You Might Also Like

6 comments

  1. ooo...x pernah tau pasal sini..selalu g area kemensah je sbb dekat..nnt nak g jugak laaaa

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal Sg Pisang Gombak ni. Haha padahal study dekat Gombak. Nampak tak anti sosial kat situ. Nak wat cane, kite tade geng kat sini. Haha sorry menggedik kat sini. :P

    ReplyDelete
  3. aduhhh dah lama giler tak mandi air terjun! bestnya!!!! lagi2 dengan isu tadak air sekarang ni, tengok gambar air terjun pun nikmat bhai! hahahahah #prayforshahalam. hahahaha

    ReplyDelete
  4. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. 1st time tau pasal sungai pisang ni, comel lak nama dia
    wow, unik betullah nak ke sungai tu kena lalu terowong dulu

    ReplyDelete
  6. pergh.. macam best je terowong "karak" tu.. hehehe

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^