REVIEW BUKU : IMPIAN JALANAN - TEME ABDULLAH

8:21:00 PM

Assalamualaikum ^^


TAJUK : IMPIAN JALANAN
PENULIS: TEME ABDULLAH
PENERBIT: IMAN PUBLICATION
ISBN: 978-983-2423-55-3
HARGA: RM 33 (Semenanjung) / RM 35 (Sabah/Sarawak)


SINOPSIS BELAKANG BUKU: 

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi Jutawan.
Tak apa. Biar aku cuba. 


REVIEW DARI AKU: 

Hari first Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018), pagi pagi lagi aku dah pergi sebab nak pergi beli buku Teme yang baru nih. Untuk PBAKL kali nih, Teme lancarkan 2 buku sekaligus. Satu lagi buku baru tajuk Empayar. Untuk Empayar nanti aku review ok.

Buku Impian Jalanan adalah sambungan bagi kisah Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Dalam buku nih, Teme throwback balik kisah zaman kecil, zaman sekolah rendah. Buku nih ada 27 bab, yang mana bab pertama adalah break up dan yang terakhir ialah bab kejayaan. 

Aku tak tahu, kenapa setiap kali aku baca buku Teme mesti aku nak nangis. Macam dalam buku baru nih, aku nangis bila Ikiy kena tumbuk Arif dan dia yang kena marah. Pastu masa babak dia tak sempat nak colour masa masuk pertandingan tuh pun aku sebak, cuma sempat kawal air mata sebabnya aku baca dekat bus stop. Dah lah orang ramai masa tu , kang aku nangis mesti diorang pelik😂

Kalau korang baca buku Impian Jalanan nih korang akan tahu macam mana bakat Teme dicungkil. Teme dulu bukan budak bijak. Baca tak pandai, tulisan buruk, dapat no belakang bila exam, tapi, aku paling respect dengan mama dia. Sebab ? mama dia tak pernah marah dia, mama dia selalu tanya, kenapa dia buat macam nih, kenapa dia buat macam tuh, kenapa dia fikir macam tuh, dan mama dia selalu ajar jadi orang baik.Tetiba rasa minat gila dengan mama Teme. Rasa macam nak jumpa mama dia 😂 harapnya aku boleh jadi ibu seperti mama Teme.

Apa yang best dalam buku nih : 

  • Kisah Teme waktu kecil 
  • Teme yang tak jadi Kahwin 
  • Teme dah jadi jutawan 
  • Teme hilang kebahagian 


Dan semestinya dalam buku Teme akan ada Ahmad. Ahmad nih memang menghiburkan. Kalau korang baca bab Kereta Impian , kisah Teme bawak Ahmad naik kereta buruk dia, mesti korang akan gelak punya. 😆 Aku taknak cerita, nanti tak best korang nak baca. Kalau nak tahu, kena beli buku Teme. haha . Takpun pinjam kawan punya. 

Dalam satu bab tuh, Ahmad ada tanya Teme, macam mana perasaan dia jadi femes tapi orang tak tahu pun dia siapa dan bila dia ada depan mata, orang tak kenal meskipun orang tengah beli buku dia. Jawapan Teme: 

You're something but you're actually nothing

Antara ayat yang best dalam buku Impian Jalanan: 

Kerana kadangkala,menyembunyikan itu lebih mudah.Memaksa senyum itu lebih senang.Melakonkan keceriaan itu lebih meyakinkan.daripada meluahkan kosong, kerana hakikatnya, kita saja yang merasakan 

"Mad, Thanks. Masa aku diuji dengan kejayaan dunia, kau ada dengan aku.Masa aku tak ada apa-apa, kau tetap tak tinggal aku. Thanks sebab kawan dengan aku."  

 Kadang-kadang manusia ni lupa cara nak ingat pada Allah. Kita hanya ingat kalimah Allah. Bukan mengingati hakikat yang lebih dalam daripada itu. - Ahmad-



Kita selamanya tidak mungkin dikurniakan bahagia jika kita asyik mengharap bahagia itu datang dari orang lain 




Macam biasa, percayalah yang korang takkan menyesal beli buku Teme :) Untuk Teme, Moga kebahagian, ketenangan hati milik kamu. Moga Allah mudahkan segala urusanmu. Moga kejayaan dunia akhirat milikmu. 💕


Sekian, 
Review dari peminat Teme ,
dari tahun 2015 hingga sekarang :) 

note: 
- takde rezeki nak pergi beratur jumpa Teme . Moga suatu masa nanti, ada rezeki 😊


You Might Also Like

10 comments

  1. bestnyaaaa kite lom baca lagi hehehe

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita dah sold out kat PBAKL semalam T^T sedih tau...
    Kalau dia start jual balik nak terus grab!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada balik . cepat pergi beli . hee

      Delete
  3. Harap satu hari nanti awak dapat jumpa Teme hehe

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin Aminn Amiiiiiiiiiiiiin :D

      Delete
  4. Hello. I'm a new reader here. Salam perkenalan ^^

    Alhamdulillah, saya dah ada semua buku Teme ni cuma baca je belum. Tak sabar nak balik Malaysia dan baca semua buku dia ni.

    ReplyDelete
  5. saya pun dah baca yg ni, buku empayar belum baca lagi

    buku2 teme memang tak mengecewakan!

    ReplyDelete
  6. Saya tak beli sebab adik dah beriya pre order. heheheheh plus, saya terasa seperti curang bila baca buku teme, sebab minat budak tomato...both have their own...identity but have the same way to express their experience...hahahahah
    Cannot cannot....huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Nak beli.. Nak beli.. Tapi.. Tapi.. huhuhu.. Akan diusahakan..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^