SURAT BUAT AKU

12:54:00 PM
SALAM ALAIKUM ^^

Gambar sumber pak cik google. Thank You ! 

Tanggal 1 Jun, esok lusa genap umur aku 24 tahun. What ?? Like seriously ? 

Bila difikirkan semula, baru aku sedar, yang Allah dah beri aku peluang untuk bernafas dimuka bumi ini selama 24 tahun lamanya tapi apa yang aku buat ? Rasa sedih pulak dengan diri sendiri 😭 Maka, dikesempatan ini, aku nak tuliskan surat buat diri aku untuk peringatan diri aku. Kalau rajin, baca. Kalau malas close tab. 😆

Untuk kamu, 
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-24. Banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu. Allah bagi nikmat iman, nikmat Islam dan itu adalah nikmat yang paling besar dalam hidup kamu. 😍

Untuk kamu, 
Tuhan tidak pernah meninggalkan kamu sendirian. Tuhan tak pernah lupakan kamu cuma kamu yang selalu lari dari-Nya.

Untuk kamu, 
hati kamu, hidup kamu dan apa yang kamu ada sekarang adalah pinjaman dari Tuhan. Apa yang kamu mahu, doa ! DIA Tuhan yang Maha Mendengar, Tuhan yang Maha Pengasih, Tuhan yang Maha Memberi, maka kamu selaku makhluk Tuhan, hambakan dirimu, minta sama DIA. Yakin dengan segala doa yang kamu pohon akan didengar oleh-Nya. 

 Untuk kamu, 
hargai hidup ini. Bahagia dengan jalan hidupmu. Usahlah kau bandingkan kisah hidupmu dengan manusia lain. Hidup ini, tidak selamanya engkau diatas, adakalanya engkau dibawah.

Aku tahu, kamu kuat !
Aku tahu, kamu mampu !
Aku tahu, kamu bukan biasa-biasa !

Pesan aku sama aku, percaya sama Tuhan. Jangan pernah tinggalkan Tuhan meskipun saat engkau sudah jemu. Pesan aku sama aku, sejahat apa pun kamu, jangan lupa tunduk menghambakan diri pada Pencipta.

Sebelum engkau kenal cinta manusia,
belajar untuk kenal cinta yang menciptakan cinta


Sekian,
dari aku yang kasih akan dirimu :)

5 comments:

  1. Happy birthday in advanced Kimchaa.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday in advance. May Allah bless you :)

    ReplyDelete
  3. Happy birthday syg. Terima kasih sebab drop komen sebab akak baru je update pagi tadi.. insya allah will keep in touch and mula balik berblogging. Semoga panjang umur dan murah rezeki.. aminn aminn

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^

Powered by Blogger.