PERKHIDMATAN HOUSEKEEPING AREA KL

Salam Alaikum ^^ 


Bismillah. Ini projek aku bersama kawan-kawan aku untuk cari duit belanja harian kitorang 😁 Jadinya untuk kalian yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, Damansara, atau mana-mana kawasan yang berdekatan dengan Kuala Lumpur yang takde masa untuk: 

  • Lipat baju
  • Iron baju 
  • Kemas rumah
  • Cuci pinggan mangkuk 
korang tak perlu segan-segan untuk contact kitorang bantu selesaikan masalah korang. Orang yang duduk KL ni selalunya hari biasa kerja, hujung minggu nak rehatkan badan dan otak tapi bila tengok baju berbakul-bakul tak berlipat, bilik air tak bercuci, lantai tak bermop, mood nak rehat tu takde walaupun letih. Jadi, untuk korang yang tak nak hilangkan mood untuk berehat tu, korang boleh contact no dalam poster tu untuk selesaikan masalah korang :) InsyaAllah, kitorang akan bantu menceriakan hari korang 😍

Untuk bahagian pembayaran, berapa kitorang caj, kitorang terserah dekat kalian berapa banyak korang mampu bagi dan berapa banyak korang nak bagi. Boleh lepas duit pengangkutan, makan dan tampung duit belanja kitorang pun dah ok. 

Jadi untuk kalian, yang tinggal area KL, busy kerja tapi tetiba mak mertua, mak ayah, keluarga nak datang, tak pun baru lepas kenduri dan rumah macam tongkang pecah, tak tahu nak minta tolong sape, korang boleh roger no kitorang untuk dapatkan khidmat mencuci rumah korang 😍 Kalau ada sedara mara korang yang sibuk kerja tu, bolehlah bagitau dia, yang kitorang boleh datang cuci rumah dia, kalau dia tak sempat nak mencuci rumah 😃


Untuk korang yang nak contact boleh je tekan link di bawah: 


2 comments:

  1. wah bagusnya! semoga dipermudahkan hehe

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/movie-review-always.html

    ReplyDelete
  2. All the best projek housekeeping kim chaa!!!
    fighting!

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^

Powered by Blogger.