Sinopsis 2018

8:00:00 PM

Salam Alaykum ... 

Dah masuk 2019 dan bertambahlah umur aku. Rasa macam tak percaya gilaa bila orang tanya umur berapa sekarang dan jawapannya saya dah 25. My gosssh !!! serius aahh , dah tua rupanya aku tapi perangai masyaAllah masih tak berubah dari kecik. 

Disebabkan 2018, tak banyak update entry, maka aku nak buat sinopsis kehidupan 2018 aku sebagai ingatan aku di masa depan 😉





 Ini aku dengan classmate aku masa kitorang buat Kayak Wanita untuk budak-budak jabatan aku. Masa ni kitorang dua orang je tak main kayak sebab takut jatuh dalam tasik UM tu . Hahaha. Puncanya, sebab kitorang pernah nampak kawan kitorang jatuh depan mata. Memang sampai ke hari ni tak berani nak naik kayak. Hee ... 



Ini warga classmate aku yang berkayak pada haritu. Btw harga kayak dekat UM kalau bawa kad matrik RM 2, tak bawa RM 4. Masa, korang boleh main je berapa lama nak main kalau tak silap. Tapi, kalau orang ramai, pepandai lah main sekejap je.






Ini pulak gambar masa pergi trip ke Melaka. Trip ni tak dirancang pun, cuma teringin nak pergi berjalan maka terjadilah trip ni. Kitorang pergi balik hari. Aku ada cerita pasal trip ni dekat blog. korang search je lah kalau nak baca. Aku malas nak cari link letak sini. haha 




Ini pulak kitorang pergi Night Run dekat Dataran Merdeka. Kitorang ambik yang 3KM. Aku nak habiskan 3KM tu boleh tahan semputlah jugak. Biasa laaah, jarang lari, nak jalan pun malas. sebab tu gemuks. hahaa . 

Event management untuk larian ni memang hancur. Kelam kabut. nak dapat medal tu kena berebut macam apantah, pastu yang lagi sadis, orang yang lari 10KM banyak tak sempat dapat medal. Baju pun ada yang takdapat. Aku tak ingat harga berapa untuk run ni. Nasib baik baju dia cantik dan yang penting, kain dia best dan selesa. 



Emma Maembong lawaa gileee, putih dah comel je orangnya. Ehh betul kan nama dia Emma ? hahaha. Sebenarnya, sebelum ambil gambar ni, aku dengan member aku yang pakai tudung koko tu, dah ambik gambar dengan dia, tapi sebab dalam gambar tu, Emma sorang je nampak lawa, kitorang dua hancus, maka ambik sekali lagi tapi hasil sama je. Emma je laawaa . Hahahaha 




Kalau korang selalu baca blog aku, maka korang tahulah yang aku peminat Sufian Suhaimi. Hahaha. Aku minat dia bukan sebab rupa dia. Haha tapi sebab suara dia. bagi aku suara dia unik 😇


 dan ini gambar dan pertama kali jumpa Ean. Siap minta video untuk bagi semangat study tapi sayangnya, aku terdelete. huuuummmm .. Dan aku taau, aku nampak gemuk gilaaa + pendek dalam gambar ni . Hahaaha




ni pulak masa pergi mandi di Sungai Pisang. Masing-masing dapat main air, semua taknak keluar. Heee 



Ada lagi gambar lain, tapi dalam phone dan malas nak transfer. Nanti rajin aku updatelah gambar dengan caption dekat sini. Kalau malas, memang ini jelah gambarnya. 


Terima Kaish untuk 2018 yang hadir menemani aku dan mengajar aku jadi manusia yang lebih kuat, manusia yang lebih gagah. Terima kasih untuk kalian yang hadir dan pergi dari aku. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar dan nasihat serta pengajaran. 

2018, Amirah kawan baik aku konvo. 2018, abah start sakit kaki. Pengakhiran tahun 2018 Mak Lang aku meninggal. 2018, sepupu sebaya aku bertunang dan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun 2019. Maka tinggallah aku sendirian. 

Segala yang hadir punya erti yang tersendiri dan bernilai dalam hidup aku. Doakan aku berjaya dunia akhirat. Doakan aku jumpa jalan menuju Tuhan. Aku tau, aku bukannya baik mana. Doakan aku. Aku struggle untuk ke jalan ITU. 

Terima kasih sebab baca kisah catatan hidup aku sampai sini :) 


1 comment:

  1. busy sungguh 2018 Kim Chaa.. hehe moga 2019 jadi tahun yang baik utk Kim Chaa.. ^^

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^

Powered by Blogger.