ASMAK: RANGKAIAN PRODUK HAIRCARE TERBAIK

10:00:00 AM
Salam Alaykum ^^ 

Rambut adalah mahkota dan perhiasan untuk kaum wanita. Menutupi rambut dari dilihat para ajnabi adalah kewajiban dan majoriti kaum wanita kini bekerjaya. hampir 12 jam kaum wanita perlu memakai tudung bagi melindungi auratnya. Walaupun bertudung litup, rambut juga perlu dan harus dijaga.

Apabila bertudung litup maka pelbagai masalah yang timbul antaranya rambut berbau, rambut gugur, kelemumur, rambut kering dan kasar. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh wanita yang bertudung, yang tidak bertudung juga turut mengalami masalah yang sama kerana terdedah kepada sinaran matahari dan habuk jalanan.






Hari ni, aku nak share satu produk penjagaan rambut yang sesuai untuk semua wanita iaitu produk rangkaian penjagaan rambut Asmak.


BUNGA RAYA PLUS SHAMPOO 6 IN 1


Dalam shampoo bunga raya ni ada enam jenis bahan yang dapat membantu merawat dan mengekalkan kecantikan mahkota wanita iaitu:

1. BUNGA RAYA 
 - Membantu merangsang pertumbuhan rambut
- Mengelakkan pertumbuhan uban pramatang
- Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala
- Melembapkan rambut
- Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur

2. COCONUT OIL
- Boleh dijadikan masker rambut
- Melembapkan dan melembutkan rambut
- Melebatkan rambut

3. JOJOBA OIL 
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Mengatasi masalah rambut kering


HAIR MOISTURIZER


Hair moisturizer ni pelembab dan serum untuk rambut. Bukan muka je yang perlukan serum, tapi rambut pun sama. Apa yang best dalam serum rambut ni ialah antara bahan yang digunapakai adalah argan oil. Argan oil adalah minyak yang kaya dengan vitamin E. Argan oil boleh membantu dan merawat rambut yang mudah terputus, bercabang dan kering.

Cara penggunaan: dipakai ketika rambut masih lembab selepas penggunaan syampu rambut. Disarankan untuk menggunanya 2 atau 3 kali seminggu.


SEVENIS HAIR OIL 7 IN 1


Sevenis hair oil ni pulak adalah minyak rambut yang boleh dipakai setiap hari selepas rambut kering. Antara minyak yang digunapakai ialah minyak kelapa dara, argan oil dan tea tree oil.


PENGALAMAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN ASMAK HAIRCARE

Aku baru start pakai produk rangkaian Asmak Haircare ni pada dua minggu yang lalu. Masa mula-mula ambil parcel di pejabat, tak buka pun lagi, serius bau dia harum wangi sangat 😍😍 Bau dia macam bau bunga segar di pagi hari. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni aku pakai shampu lain dan shampu tak sesuai untuk aku sebab makin lama pakai, makin keras rambut aku. Bila aku try pakai Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1 ni, lepas shampukan rambut rasa makin lembut dan rambut bau wangi sangat- sangat.

Hair moisturizer keluaran Asmak Haircare ni memang paling best. Hair moisturizer ni pekat sangat dan tak berminyak. Yang paling penting, dia cepat meresap. Pakai sikit pun dah cukup. Sevenis Hair Oil pulak minyak harian yang korang boleh pakai. Bila pakai, kuranglah rambut bercabang dan masalah rambut kusut. Sevenis hair oil ni, berminyak sikit dari hair moisturizer. Nama pun minyak kan 😆 Sevenis hair oil ni pun aku suka cuma bau dia agak kuat tapi wangi je.

Secara kesimpulannya, memang aku syorkan korang try produk keluaran Asmak Haircare ni. Memang jarang dan aku rasa tak ramai pun orang yang tahu pasal kewujudan produk ni. Bagi aku selama 2 minggu aku pakai produk ni, rambut aku dah makin kurang gugur. Tahap keguguran rambut aku memang kronik, tapi bila guna rangkaian produk Asmak Haircare keguguran tu masih ada tapi kurang. Dan yang paling penting, rambut aku sentiasa bau wangi 😎


UNTUK MAKLUMAT LANJUT KORANG BOLEH KE:

WEBSITE: https://mham.com.my
FB PAGE: https://www.facebook.com/shampoobungaraya
INSTAGRAM: www.instagram.com/asmak.haircare
HOTLINE: 019-970 8897 atau boleh terus whatsapp di sini

2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^

Powered by Blogger.