LAST SEMESTER

9:48:00 PM

Assalamualaikum :)



Aku rasa, aku baru je tulis pasal aku dapat tawaran sambung belajar di UM, eh tapi rupanya dah hampir 3 tahun setengah berlalu. Masa awal-awal masuk UM, aku rasa tak mampu untuk hidup. Awal-awal dulu rasa nak give up sebab aku rasa macam 'mampu ke aku? dah lah budak UM ni bijak-bijak rajin, aku ni bukanlah bodoh sangat tapi malas aku menggunung' . 

Masa aku semester satu dulu, aku banyak kali menangis, boleh dikatakan setiap minggu aku menangis bila masuk tandas. Aku menangis sebab aku rasa loser gila duduk UM. Masuk kelas, aku tak faham apa aku belajar, aku rasa terkapai-kapai bila dapat member yang pentingkan diri, tak boleh pegang rahsia. Fuh time tu memang mencabar. 

Dan sekarang, tak sangka aku mampu bertahan di sini. Banyak kenangan baik buruk aku sepanjang di sini. Aku cuma ada masa lagi beberapa minggu di UM sebelum aku pulang ke kampung halaman. 


Harapan aku, moga aku tak menanam anggur lama-lama dekat rumah. Tolong doakan aku dapat kerja, boleh bantu family aku. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Waalaikumussalam. Masa kak masuk kuittho (skrg UTHM) dulu pn sama rasa macam adik rasa. Dah la pi johor lepas form 6 dan tak penah keluar dari negeri kedah ni 😅

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^

Instagram