OWNER

SALAM ALAIKUM ;)







Aku Kim Chaa pemilik blog ini.
Asal usul Kim Chaa ialah aku suka dengan nama kim sebab macam cute gituuu ^v^. Aku layan je Korea tapi tak fanatik okey ^^ Sekadar minat .. 

Aku minat buku. Apa saja buku aku baca dan adakalanya aku memilih untuk membaca. Minat membaca nih adalah keturunan sebab datuk, nenek, abah, mak cik pak cik aku semua minat membaca. *ilmiah sungguh :p

Menuntut ilmu secara formal bermula dari usia 5 tahun di PASTI, kemudian ke sekolah agama swasta, sambung ke Maahad. Setelah beberapa bulan masuk Tingkatan 6 untuk STAM, mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pengajian dalam bidang Kewangan Islam dan akhirnya berjaya begraduan Diploma Kewangan Islam dengan jayanya.

Pernah kena denda sebab tak siapkan kerja sekolah, pernah jatuh longkang besar dan dihadapan khalayak ramai, pernah kena marah dengan PK sekolah disebabkan berpegangan tangan sesama jantina depan tapak perhimpunan, dan sampai hari ini masih seorang pelakon drama kehidupan.

Sekarang tengah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidangSyariah dan Ekonomi. Moga dapat menuntut ilmu dengan ikhlas dan dapat amalkan segala ilmu yang dipelajari ^^


Nak tahu lebih lagi boleh PM belakang :p