Islamic Finance

PENGALAMAN IV ICMGTS

23:38:00

 Salam Alaikum ^^ 


Haritu cakap nak comeback, tetiba diam menyepi dua bulan, sekarang baru reti nak muncul balik๐Ÿ˜‚ untuk entry kali ni aku nak share pasal ICMGTS. ICMGTS ni amende ? ICMGTS ni Islamic Capital Market Graduate Training Scheme (ICMGTS) . Training ni akan diadakan selama 2 bulan kelas + 4 bulan praktikal dalam industri. Aku akan bahagikan kepada 4 fasa. Fasa pertama macam mana nak pohon, fasa kedua keputusan IV, fasa ketiga hari IV dan fasa keempat keputasan rasmi.


FASA PERTAMA

Aku dapat tahu pasal intake baru ICMGTS ni dari FB. Kebetulan super senior aku ada share pasal training ni dan dia bagitau kelebihan kalau join training ni dan aku rasa macam why not aku try kali ni. Sebelum ni member ada ajak apply tapi aku malas nak isi sebab aku malas dan rasa tak layak. Tapi kali ni aku nak cuba.

Aku apply melalui website SIDC. Isi borang online berkaitan nama, umur, no ic, alamat, belajar mana dan akhir sekali dia minta upload resume/CV. Submit. Done untuk fasa pertama. 

FASA KEDUA


Lepas dah submit borang dalam masa 2 minggu, aku dapat  email untuk IV. Pihak diorang minta untuk bagi pengesahan boleh join ke tidak untuk IV tu nanti. Kalau boleh join untuk IV tersebut, diorang minta untuk  ambik personality test. Diorang akan sediakan link.

FASA KETIGA

Disebabkan sekarang tahun covid, maka IV dijalankan secara atas talian melalui webinar zoom. Assessment dibahagian kepada 4 bahagian 

  1. writing
  2. problem solving question
  3. group discussion
  4. presentation

Mula-mula masuk zoom ada sorang wakil dari SC yang briefing pasal training ni. Apa objektif, apa yang akan diajar dan untuk sesi IV ada berapa bahagian. Siap briefing, dia minta kitorg untuk masuk 1 link untuk jawab bahagian writing. Masa diberi cuma 30 minit. Memang gelabah bewak time ni. Untuk bahagian essay ada 3 tajuk, pilih 1 dan jawab dalam 300 patah perkataan. Antara tajuk yang ditanya: 

1. Explain your observation - Malaysia's economy

2. Roles SC Malaysia dalam ICM 

3. Macam mana awak nak contribute untuk development ICM lepas join training ni ?

*bonus: kalau korang bukak blog yang pernah join IV ni, tajuk diorang pun lebih kurang je.

Dah habis jawab essay, diorang akan bagi 1 link baru pulak untuk bahagian problem solving question. Untuk bahagian ni korang kena ada calculator sebab ada soalan math & english. Bagi aku soalan math dia tu senang je tapi bila korang jawab waktu kelam kabut, hummmmm hancuss. Antara soalan math yang aku ingat dia ada tanya pasal % dan lain-lain soalan pasal tambah tolak darab bahagi je. Soalan math 10 je rasa, lepas tu soalan english. Untuk soalang english ni dia bagi satu poem dan soalan berkaitan poem (garden). Dari poem tu dia tanya maksud ayat poem tu. Sumpah part ni aku macam amendee dia tanya. Aku memag tembak. Dari dulu aku tak suka literature english. Hahaha. Btw, untuk part ni jawab 30 minit je. Boleh bayang tak macam mana aku gelabah bewak ? 

Dah settle bahagian dua, masuk bahagian group discussion. Untuk part ni, diorang bahagikan dalam group kecik dalam 6-7 orang 1 group dan ada sorang penilai dari SC. Aku dapat group pertama, ada 6 orang, sorang laki yang lain semua perempuan dan semua student. Penilai dari SC, En. Fendi. En Fendi tayang 1 video dan dia minta kitorang discuss berkaitan dengan video tu. Alaa, situasi dia sama macam muet. So, kitorang dapat video pasal penguin 'Iceberg is Melting' 

Habis tengok video, discuss 30 minit, kitorang terus present apa yang kitorang dapat dari video tadi. Setiap sorang present. Settle bahagian ni masuk tugasan yang keempat kena sell yourself. Time ni, memang kena jual diri lah, kenapa diorang kena ambik aku bla bla... Time ni riak nak mampus . haha

FASA KEEMPAT

Selepas 2 minggu IV, pihak SC akan emailkan sama ada berjaya atau tak untuk join training ni. Aku tak tahu hasil dia lagi sebab aku masih menunggu keputusan. Jadi, aku nak minta tolong. Tolong doakan aku berjaya. Aku teringin nak join this training sebab aku nak tahu dengan mendalam pasal ICM. Untuk training ni yang dapat IV 400 orang, yang join untuk IV dalam 300++ dan yang bakal masuk untuk training ni cuma 50 orang. Dasyat kaaan. 

Kalau korang takde nampak update pasal ICMGTS ni lagi dalam blog ni, maksudnya aku tak dapat lah tu. Jangan tanya banyak, pang kang. Hahaha

Btw, kalau korang google pasal ICMGTS tetibe tersampai blog aku, aku nak ucapkan tahniah sebab berjaya untuk IV ICMGTS. pssst : aku tulis entry ni sebab aku google pasal pengalaman assessment ICMGTS ni tapi tak banyak dan yang aku jumpa entry lama je. So sebab tu entry ni wujud. 

Jadi, Sekian coretan aku :) TQ sebab sudi singgah baca

Note:

- Sekarang aku tengah prepare untuk exam CPSA . Tak tahu lah bernasib baik ke tak. Untuk CPSA ni, next entry aku cerita ๐Ÿ‘Œ

bebel

COMEBACK

23:48:00

Salam Alaikum :) 

yoo, wasep geng !!! lama aku hilang. last muncul masa semester akhir. Hampir 6 bulan aku hilang dari dunia ni. Kalau korang perasan dan sedar sebenarnya untuk beberapa bulan aku tutup blog ni dari public. Sekarang, aku dah public kan balik sebab aku dah kompiden dengan diri aku dan aku rasa aku nak start balik untuk menaip mecam suatu masa dahulu. Gituuu ~ ~ Haa, satu lagi, banyak entry yang lama-lama, aku simpan dekat draft balik sebab bila aku baca balik, apa yang aku tulis, sumpah annoy dengan diri sendiri. haha ...

Untuk comeback aku kali ni, takde benda yang special pun cuma sekadar nak maklumkan je yang aku masih wujud dan hidup. Aku tak boleh nak tinggalkan dunia blog ni sebab aku rasa dah sebati dengan blog ni, rasa ketenangan gitu bila aku taip tekan keyboard. 

Tapi aku rasa dah tak ramai orang yang wujud kat alam blog ni, mesti ramai yang dah behijrah jadi youtuber kan ? senang buat duit orang cakap. Aku nak juga jadi youtuber, tapi itulah tak pandai nak hadap kamera, cakap sorang-sorang dan disebabkan itu aku masih bertahan dalam dunia blog. 

Sekarang ni aku dah habis study, sambil-sambil cari kerja aku buat part time meniaga online. Jadi, kalau korang nak beli baju kurung atau tshirt muslimah yang cecantik boleh lah roger aku. Sempat promot ๐Ÿ˜†

Nah jemputlah pergi usha-usha, mana tahu korang terbekenan pastu rasa nak order, bolehlah bantu aku tambah seposen dua posen untuk tanggung kehidupan seharian๐Ÿ˜…



Ok, sekian bebel sempena comeback nya aku ke alam dunia blog :) 


degree life

LAST SEMESTER

21:48:00

Assalamualaikum :)



Aku rasa, aku baru je tulis pasal aku dapat tawaran sambung belajar di UM, eh tapi rupanya dah hampir 3 tahun setengah berlalu. Masa awal-awal masuk UM, aku rasa tak mampu untuk hidup. Awal-awal dulu rasa nak give up sebab aku rasa macam 'mampu ke aku? dah lah budak UM ni bijak-bijak rajin, aku ni bukanlah bodoh sangat tapi malas aku menggunung' . 

Masa aku semester satu dulu, aku banyak kali menangis, boleh dikatakan setiap minggu aku menangis bila masuk tandas. Aku menangis sebab aku rasa loser gila duduk UM. Masuk kelas, aku tak faham apa aku belajar, aku rasa terkapai-kapai bila dapat member yang pentingkan diri, tak boleh pegang rahsia. Fuh time tu memang mencabar. 

Dan sekarang, tak sangka aku mampu bertahan di sini. Banyak kenangan baik buruk aku sepanjang di sini. Aku cuma ada masa lagi beberapa minggu di UM sebelum aku pulang ke kampung halaman. 


Harapan aku, moga aku tak menanam anggur lama-lama dekat rumah. Tolong doakan aku dapat kerja, boleh bantu family aku. 

Total Pageviews

Like us on Facebook