Review : Reinkarnasi by Faiz Ibrahim

Salam Alaikum . :)

Entry kali ini, aku nak review buku Reinkarnasi by Faiz Ibrahim. 

* Ditaip tanpa paksaan & penuh kejujuran ^_^


Cover depan Reinkarnasi

Faiz Ibrahim ? Siapa tue ? 
Penulis buku yang dulu pernah jatuh rebah dan rabak. Info tambahan, sepupu kepada Irine Nadia, blogger terkenal tuu dan mak diorang muka sama, sebab kemboo. *Nampak sangat ciri ciri stalker aku ni. Ngeee

Reinkarnasi ? Apa maksud dia ? 
Reinkarnasi ni, maksudnya kau tengah lapar nasi. Ahahahak .. Taklah, sebenarnya, Reinkarnasi tu, maksudnya kehidupan semula. 

 Kata Faiz Ibrahim "Reinkarnasi adalah perkataan Indonesia yang dipinjam daripada perkataan Reincarnation.
Maksud Reinkarnasi bagi konsep buku saya adalah lahir semula. Lahir sebagai manusia yang mahu bahagia dan lupakan diri lamanya yang negatif." - dipetik dari channel telegram - 

Meh, kita ulas pasal buku ni. :D

1. Cover buku : cover buku tu, bukan sekadar gambar semata-mata, tapi ada maksud disebalik gambar. Bagi aku maksud kapal disitu, hidup kita ni, wajib untuk kita dilandai ombak dan kita yang mengendalikan kapal kita sendiri samaada terus berusaha melawan badai atau terhanyut dibawa ketepian atau tenggelam dalam lautan. Gambar yang lain fikir sendiri apa maksudnya. ^.^ 

2. Bahasa, isi dan isu : bahasa yang mudah difahami dan teratur. Banyak benda yang korang boleh belajar, ambil pengajaran dari buku ni. Dan isu yang dibawa dalam buku ni mengenai kasih sayang untuk diri, untuk ibu ayah, untuk pasangan. Selain dari kasih sayang ada jugak tentang pesanan untuk wanita dari sudut pandangan lelaki dan dalam buku ni jugak ada pesanan tentang hubungan kita dengan tuhan. ;) 

Petikan dari buku Reinkarnasi :)
3. Siapa yang patut baca buku ni ?
-Manusia yang tengah jatuh, rebah dan tersungkur
-Manusia yang tengah cari arah tuju
-Manusia yang hilang motivasi yang ada hanya roti basi.
-Manusia yang banyak masa lapang
-Manusia yang bergelar anak kepada ibu ayah
-Manusia yang masih single dan mencari kekuatan.

4. Harga & dimana boleh beli ?
RM 19. Boleh beli di MPH, POPULAR, SMO, takpun boleh order melalui website www.thefaizibrahim.com.my/books  takpun boleh order di whatsapp 010-8787-821. Tiada alasan untuk korang taknak beli, taknak baca. 

5. Markah untuk buku ini aku bagi 4/5. Tak boleh bagi full mark, nanti si Faiz Ibrahim tu jadi riak lagi takabur. Ahahahaaha * gelak jahat 

Note :
Terima kasih Faiz Ibrahim, wujudkan buku ni disaat aku tengah tersesat cari jalan hidup. Moga dengan buku ini, membawa kamu ke syurga. Didoakan moga dipermudahkan segala urusanmu dan bertemu jodoh terbaik. Dan mungkin jodoh kamu itu aku. Hiks hiks hiks .. * gelak gatal sambil buat muka malu malu minta penyepak * 



Comments

  1. mmng best ke? kalau macam ni nak juga beli . thanks sbb share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya best :) kena dengan jiwa. Bahasa santai, tapi maksud mendalam. Disyorkan untuk beli . Hehe.

      Delete
  2. selalu baca orang share tweet dia, orang kutuk dia. taktahu pulak dia penulis . heheheh .

    btw jalan jalan singgah blog awak and follow :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen je lah apa-apa pun

Popular Posts