4 Most Popular Men’s Coats
Jarang
sekali lelaki ingin berbincang atau berbicara mengenai fesyen lebih-lebih lagi
mereka yang memilih jeans dan tees sebagai pakaian harian anda. Tidak seperti
wanita, kebanyakkan lelaki lebih gemar bergaya dengan ringkas dan apa yang
paling penting bagi mereka adalah keselesaan yang berpanjangan. Namun untuk
entri kali ini, kita akan berkongsi mengenai salah satu jenis pakaian lelaki
yang mungkin selalu dianggap tidak penting dikalangan para lelaki di Malaysia
namun hakikatnya, jenis pakaian ini amat penting dan juga merupakan keperluan
lelaki di negara-negara Barat terutama sekali ketika musim sejuk. Well, jenis
pakaian tersebut adalah coats dan berikut merupakan 4 jenis men’s coats
yang paling popular di kalangan majority lelaki;
1.
CLASSIC COATS
Berikut
merupakan jenis kot atau coats yang paling popular dikalangan ramai lelaki dan
ia juga sesuai digayakan ke mana sahaja termasuklah ke tempat kerja. Rekaan dan
potongan coats yang cukup simple ini boleh digayakan dengan apa jua jenis
pakaian kegemaran anda.
Kebanyakan perempuan suka lelaki yang berpakaian coats seperti ini, kerana kelihatan lebih menawan dan santai.
2.
DUFFLE COATS
Begitu
juga dengan koleksi duffle coats yang juga sesuai digayakan dengan apa jua
jenis pakaian dan boleh anda pakai ketika apa jua jenis acara. Apa yang
membezakan koleksi classic coats dan duffle coats adalah rekaan bahagian leher
yang biasanya mempunyai hoodie dan juga rekaan butang yang berbeza.
Lelaki yang memilih coats seperti ini membawa imej yakin
berani dan membuatkan ketampanannya menyerlah.
3.
PARKA COATS
Rekaan
ketiga adalah koleksi parka coats yang juga mempunyai rekaan hoodie dengan
penggunaan fabrik bulu (fur), dan ia sesuai digayakan ketika aktiviti kasual.
Bagi aku, lelaki yang memilih Parka Coats adalah lelaki
yang sukakan kebebasan dan mereka yang memilih coats ini membuatkan mereka
kelihatan seperti jejaka yang baik hati dan bersopan.
4.
FUR COATS
Secara
jujur, hanya lelaki yang benar-benar berani sahaja mampu tampil bergaya dengan
mengenakan koleksi fur coats!
Kesimpulannya, kita akan menilai manusia dari segi
penampilan dan penampilan sangat penting terutama sekali pandangan pertama. Pilihlah coats
yang sesuai dengan anda dan situasi agar anda dilihat sebagai jejaka tampan dan
berkarisma disamping memiliki sifat yang mulia. :)
tak nampak coats dah...nampak model ja...hahahahha
ReplyDeleteHahaha .. Model dia hensem sgt
Deletesalam,
ReplyDeletepanas sekrang hehehe
Kedah dah start turun hujan. Hihuuu
Deletememang suka tengok lelaki yg hensem pakai coat nie. hahhahaa :D
ReplyDeletekat luar negara musim sejuk boleh la pakai. :3
Sama. Suka jugak tgok laki pakai coat nampak hensem giler. Hahah
Delete