Review Buku : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ?
Salam Alaikum ^^
Tajuk : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ?
Penulis : Dr. Hayya Bilal
Keluaran : Puteh Press
Harga : RM 15 SEM / RM 17 SS
ISBN : 978-967-369-325-2
Sinopsis Belakang Buku :
"Tempat awak sejuk ? Tapi kenapa awak hitam ?" aku bertanya selamba. Si negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya) "kenapa awak tanya?" "yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas ? " hahaha. Si negro ketawa lagi.
"Hahahah. Awak tak belajar geografi ke ?" " hahaha" aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat. "Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi dah lupa." jawabku. "Orang kulit gelap, bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang melayu di tempat eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih ?"
Sinopsis & Pandangan Aku :
Mula mula nampak buku nih, aku rasa macam dah takde tajuk lain ke nak letak ? Betul ke dia kahwin dengan Negro ? Mustahil. Mesti drama.
Buku ini mengisahkan tentang penulis yang berkahwin dengan Negro dari Afrika yang sering dipandang sinis oleh masyarakat Malaysia. Melalui buku ini juga penulia meluahkan rasa tentang pandangan masyarakat setempat terhadap anaknya yang sering dipandang rendah akibat warna kulit yang berbeza dengan kebanyakan Melayu. Penulis jugak menceritakan pengalaman balik ke kampung suami dan suasana di Afrika yang jarang ditonjolkan di media massa. Di akhir penulisan, penulis memberi beberapa pandangan mengenai Afrika dan Malaysia.
Secara jujurnya, aku salah seorang manusia yang anggap orang kulit hitam, Negro nih jahat. Orang kulit putih, mat salleh ni baik. Orang Negro ni miskin, mati kebuluran dan Mat Salleh ni kaya serta baik budi. Aku berfikiran macam nih, disebabkan dari kecil hingga aku besar aku dimomokkan oleh media massa dengan kisah yang Negro jahat. Sampailah aku membaca buku Dr.Hayya Bilal. Ternyata apa yang aku tanamkan dalam otak, salah.
Carta Aliran Kahwin
Prosedur Kahwin orang Asing (jika pasangan seorang muslim)
Jahatnya individu tersebut bukan bergantung dengan warna kulit. Dari buku nih, aku belajar yang orang Afrika lebih sopan santun berbanding Melayu yang sopannya semakin ke laut disebabkan budaya hipters yang entah dari mana asal usulnya.
Al-Quran talks everything under the sun. About time. Muslims have to appreciate time. Al-Quran talks about reading. Read in the name of Allah. Al-Quran talks about helping the poor, about being modest, about success ... Everything. But muslim are the most slow to understand.
Banyak hal baru yang aku belajar dari buku nih, dan buku nih sangat menarik. Ditulis menggunakan bahasa mudah dan secara santai dan aku mampu menghabiskan buku ni dalam masa beberapa jam. Korang patut baca buku nih, untuk menyedarkan minda korang dari kisah Negro itu jahat.
salam akak try cari buku ni tadi tak ada .. kat kedai buku.
ReplyDeleteSaya beli nih dekat pesta pts. Dekat kedai buku pernah nampak dekat SMO rasanya.
DeleteHmmm. Tu belum kira lagi Melayu kita yg pandang rendah dekat org Bgladesh dan Indonesia contohnya. Siapa kita untuk memandang org lain lebih rendah dari kita? Sedangkan kita hanya seorang hamba~ Huhu
ReplyDeleteYes . betul. Kita selalu rasa kita hebat disebabkan warna kulit tanpa kita sedar ada lg yang lagi mulia dr kita :(
Deletesama! :') selalu kalau nampak negro lalu je msti rasa takut,tambah dgn muka diorang yg garang semacam. hmmm kdg2 kesian jugak dgn diorang.
ReplyDeleteDisebabkan segelintir yg buat masalah, yang lain jd mangsa.
Deletemenarik nya! serasa macam nak mencari buku ni...insyaAllah rezeki lebih nak beli...thanks review kim chaa!
ReplyDeleteSama sama. Nanti try laah baca. Best buku niih :D
DeleteSalam kim chaa
ReplyDeleteT.kasih bnyk sudi baca buku saya. Rasa mcm nak nangis bila adik faham mesej buku saya.
Dr hayya. Instagram hayyabilal
Salam..mcm mane sy nk beli buku nie ey..kat mane ade jual..??minat sgt nk bace..
DeleteTerima kasih Dr. hayya sudi baca review saya :) btw, buku niih sangat terinspirasi. Moga ada buku kedua :)
DeleteW'salam. Boleh cuba try cari di kedai buku SMO, PTS atau mana mana kedai buku yang menjual buku keluaran puteh press. Haritu saya beli buku nih di Pesta buku PTS di CMART Kedah. :)
DeleteSalam
ReplyDeleteKalau nak beli mesej kat instagram saya. T.kasih.
Dr. Hayya
masyarakat kita selalu je pndg rendah org macam ni. walhal mereka tu baik je. x tahulah kenapa. hmmm. semua manusia sama saja di sisi tuhan.
ReplyDeleteKupasan yang menarik..
ReplyDeleteWarna kulit tak mencerminkan peribadi..
wowww
ReplyDeleteSaya beli buku ni di Popular. Rasa macam nak suruh semua orang Malaysia baca buku ni.
ReplyDeleteDah baca dah buku ni!! Sangat best. Bagi saya semua orang ni sama ja yang membezakan kita semua ni adalah cara kita menghormat orang lain 😉
ReplyDeleteMemang buku ni best.buka minda
ReplyDeletesaya sudah baca buku ni ..dr hayya ni bukan cerita semata2 laki dia negro shj ..tp dalam buku ni dia xeritakan serba sedikit aliran permodenan di sana. .cuaca . tumbuhan penduduk ..adat resam . dan sedikit agama ..best lahh ..
ReplyDelete