REVIEW BUKU : CERPEN NADIA KHAN


Salam Alaikum 



Tajuk : Cerpen
Penulis : Nadia Khan 
Penerbit : Buku Fixi
ISBN : 978-967-0374-15-4
Harga : RM 18.90

Sinopsis Buku :

Memandangkan Buku Fixi bukan sebuah syarikat rakaman dan tak berupaya memenuhi impian aku untuk menerbitkan album kompilasi, maka terhasillah buku kumpulan cerpen, aku berjaya memperdayakan Buku Fixi dengan menyelitkan 3 buah skrip pendek dalam buku ni, dengan harapan ada mana mana pihak bermurah hati untuk menerbitkannya.

Di permulaan setiap karya, aku selitkan sedikit cerita di sebalik karya itu sendiri. Ala-ala 'The Making Of' gitu, tapi dalam bentuk penulisan. Maka dengan perasaan yang sangat retis, aku hidangkan kumpulan cerpen ini buat santapan di kala santai.

-Nadia Khan

Sinopsis & Pandangan Aku 

Buku Cerpen karya Nadia khan ini telah dicetak buat kali pertama pada September 2012 dan sehingga ke hari ini telah diulang cetak sebanyak sembilan kali. Dah lama aku cari buku niih tapi asyik takde dekat kedai. 

Buku Cerpen ini mengumpulkan 17 cerpen pendek dan 3 buah skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Sebelum cerpen-cerpen ini dikumpulkan di dalam sebuah buku, ianya pernah dihantar dan diterbitkan di penerbitan lain seperti Majalah Tunas Cipta, Mingguan Wanita, Dewan Kosmik dan lain lain. 

Cerita cerita dalam cerpen ini banyak mengisahkan tentang keluarga, persahabatan, pendidikan, cinta dan kerjaya. Antara 3 buah cerpen yang paling menarik bagi aku ialah Cikgu Din,Nasi Putih Daging Cincang, dan Anak Dinihari. Manakala untuk skrip filem pendek, aku suka yang tajuknya Kopi Tiga Suku. 

Melalui cerpen Cikgu Din, aku dapat simpulkan yang seorang cikgu memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk pemikiran pelajar. Jika gurunya berfikir di paras kedana, bagaimana seorang pelajar itu mampu menjadi insan perdana ?  

Ibrah yang dapat diambil dari cerpen Nasi Putih Daging Cincang pula ialah sekuat mana pun kita kejarkan harta takkan sama kebahagiannya seperti kita bersama orang yang kita sayang. 

Manakala, melalui cerpen Anak Dinihari mengangkat martabat blogger. Ramai orang awam khasnya golongan 'senior' tidak memahami skop kerja blogger sepenuh masa, dari mana datangnya hasil masih diragui. Dan dari cerpen ini dapat aku katakan blogger itu memainkan peranan dalam membentuk jiwa dan pemikiran insan. 

Untuk skrip filem pendek Kopi Tiga Suku tuuh bagi aku, ceritanya santai tapi ada mesej.  Aku suka masa Syah (watak dalam cerita niih) cakap :

"Awak selalu dulukan saya dalam hidup awak, sampai awak lupa pasal diri sendiri."

"Sekadar nak ingatkan awak... kena hidup untuk diri sendiri jugak."

Penulisan Nadia Khan setakat hari niih tak pernah menghampakan aku lagi dan semua novel dia berjaya aku kumpul setakat hari niih :D 

Untuk yang tak pernah baca lagi novel karya Nadia Khan, try laah baca. Mana tahu bakal terminat, tersuka tanpa sengaja dengan novel Nadia Khan. ^^

Buku Cerpen niih boleh dijadikan bahan bacaan untuk santai santai dan sesuai dibaca semua golongan. Setiap cerpen ada pengajaran yang dapat diambil :) Aku bagi 9/10 untuk buku niih sebabnya ada dua cerita yang aku tak suka dalam buku niih. 

Comments

  1. nampak menarik , cover depan novel pun kreatif :)

    ReplyDelete
  2. salam , serius lama dah tak spend time masa yang betul betul berkualiti untuk buku *nangis*

    ReplyDelete
  3. wahhhh!!! ada saja buku menarik kim chaa nihh! memang susah nak nampak kat kedai buku...rasanya tak pernah jumpa lagi...but i will keep it in list book to read...

    ReplyDelete
  4. best kan kak? buku terbitan nadia khan mmg semuanya best ^^

    ReplyDelete
  5. macam best ja..nak cuba cari la nnti

    ReplyDelete
  6. Rajinnya baca. Siqah yang dulu awak ada review pun masih tak baca lagi. Malas betul sekarang..

    ReplyDelete
  7. Jika gurunya berfikir di paras kedana, bagaimana seorang pelajar itu mampu menjadi insan perdana ? - nice quote oh. hehe.

    ReplyDelete
  8. Belum pernah baca lagila...nanti nak cari :)

    ReplyDelete
  9. rajin buat review buku.. ni mesti rajin membaca.. bagus..

    ReplyDelete
  10. dah lama tak baca cerpen, menarik kompilasi ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen je lah apa-apa pun

Popular Posts