MENGINAP DI KL SENTRAL
Assalamualaikum ^^
Tak lama lagi nak masuk bulan puasa dan cuti sekolah pun tak lama lagi. selalu cuti sekolah masa untuk kita luangkan masa dengan family. Kadang nak bawa family pergi jauh tak sempat akibat komitmen kerja, tidak ada bajet yang lebih untuk travel. Jadi, apa kata kalau bawa family korang bercuti di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. lagipun kalau korang ingin travel menggunakan public transports yang sememangnya convenient untuk digunakan di sekitar bandaraya ini, salah satu option paling mudah di Kuala Lumpur ini. Aku cadangkan untuk kalian melakukan survey di website Traveloka untuk mencari cheap hotels in Sentral yang affordable untuk didiami sepanjang percutian korang.
![]() |
Kalau malas nak bergerak dari KL Sentral, korang boleh je shopping di NU Sentral tu. Macam-macam ada 😂 |
Salah satu hotel yang boleh kalian pertimbangkan ialah My Hotel yang terletak hanya 300 meter dari KL Sentral. Dengan harga hotel semurah RM 73 satu malam untuk dua orang, hotel ini adalah pilihan yang terbaik untuk didiami jika kalian berkunjung ke Kuala Lumpur. Untuk booking, korang boleh mencari di internet dengan keyword My Hotel di KL Sentral online booking. Hotel ini dilengkapi dengan WiFi akses serta sebuah restoran. Bilik di hotel ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin serta kemudahan elevator.
Korang mesti tahu, Kuala Lumpur adalah bandaraya metropolitan yang masih pesat membangun dan sentiasa mengalami hari-hari yang sibuk. Bandar ini adalah ibu negara Malaysia yang mempunyai kesan sejarahnya yang tersendiri walaupun sudah membangun. Walaupun bandaraya ini dipenuhi dengan kesibukkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian mereka, tetapi bandar ini juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Ini adalah salah satu sebab kenapa bandaraya Kuala Lumpur telah dinobatkan antara 100 metropolitan yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. Bab makanan pulak, memang korang tak perlu risau, banyak kedai-kedai makanan tempatan yang best terdapat di sekitar hotel. Kalau korang ke rooftop bar yang bnyak kat area ini, korang dapat tengok melihat scenery menakjubkan Menara KL yang cukup indah terutamanya pada waktu malam. Boleh dikatakan Kuala Lumpur adalah syurga makanan terutamanya kawasan Kampung Baru. Kalau nak ke sana lebih baik korang naik public transport berbanding drive kereta sendiri sebab area situ sibuk. Al-maklumlah, semua nak pergi makan di syurga makanan.
![]() |
Senang sangat nak ke Kampung Baru kalau dari KL Sentral |
Bandar ini juga dihubungkan dengan jalur lebar pengangkutan awam yang mudah diakses dan kebanyakannya terletak dengan hot-spots pelancong seperti Bukit Bintang, KLCC, Batu Caves, Dataran Merdeka, Pasar Seni dan banyak lagi. Hub transit yang meghubungkan semua rangkaian ini adalah KL Sentral yang terletak strategik ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Korang boleh menggunakan LRT atau monarail untuk Ke lokasi-lokasi berdekatan seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek, KLCC, Bukit Bintang, Masjid India serta Petaling Street dan banyak lagi. Kalau korang nak travel sedikit ke luar kawasan, korang bolehlah menggunakan perkhidmatan KTM dan juga LRT.
![]() |
Habis makan dekat Kampung Baru, bolehlah pergi tengok KLCC💖 |
Tourist hotspots di sekitar Kuala Lumpur yang paling disarankan untuk kalian berkunjung antaranya ialah Pasar Seni, Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan TAR, Masjid Jamek, Masjid India, Petaling Street, KLCC, Muzium Negara, Planeterium Negara, Taman Botanical Perdana, KL Tower serta KL Upside Down House. Untuk kalian yang nak menikmati pengalaman membeli-belah yang sememagnya Kuala Lumpur boleh sediakan dari barangan murah kepada barangan branded dan mewah, korang boleh berkunjung ke Lot10 atau disekitar Bukit Bintang dan melawat pusat membeli-belah seperti Pavilion, Plaza Lowyatt, Sungei Wang Plaza dan banyak lagi. Tempat-tempat ini semua boleh diakses menggunakan Monarail serta perkhidmatan MRT yang masih baru diperkenalkan di Malaysia ini. Kos perjalanan juga adalah lebih murah jika anda menggunakan kad pengangkutan KL Rapid yang boleh didapati di stesen KL Sentral dengan pembelian minimum RM 10. Kalau korang nak jalan kaki pun boleh, sebab from one place to another, sebenarnya tak jauh pun.
Jadi apa tunggu lagi? Ambil laptop korang sekarang dan book hotel kalian secara online sekarang! Kuala Lumpur menanti kehadiran kalian untuk memberikan pengalaman percutia yang menarik. Jangan lupa bawa kamera ye 😍 Nanti boleh ambik gambar banyak-banyak! Tak rugi korang bercuti di Kuala Lumpur
rinduu kampung baru.. :'(
ReplyDeleteWah menarik nie.. dekat dengan tempat-tempat menarik..
ReplyDeleteyayyy good info.
ReplyDelete