PENGALAMAN IV ICMGTS
Salam Alaikum ^^
Haritu cakap nak comeback, tetiba diam menyepi dua bulan, sekarang baru reti nak muncul balik😂 untuk entry kali ni aku nak share pasal ICMGTS. ICMGTS ni amende ? ICMGTS ni Islamic Capital Market Graduate Training Scheme (ICMGTS) . Training ni akan diadakan selama 2 bulan kelas + 4 bulan praktikal dalam industri. Aku akan bahagikan kepada 4 fasa. Fasa pertama macam mana nak pohon, fasa kedua keputusan IV, fasa ketiga hari IV dan fasa keempat keputasan rasmi.
FASA PERTAMA
Aku dapat tahu pasal intake baru ICMGTS ni dari FB. Kebetulan super senior aku ada share pasal training ni dan dia bagitau kelebihan kalau join training ni dan aku rasa macam why not aku try kali ni. Sebelum ni member ada ajak apply tapi aku malas nak isi sebab aku malas dan rasa tak layak. Tapi kali ni aku nak cuba.
Aku apply melalui website SIDC. Isi borang online berkaitan nama, umur, no ic, alamat, belajar mana dan akhir sekali dia minta upload resume/CV. Submit. Done untuk fasa pertama.
FASA KEDUA
Lepas dah submit borang dalam masa 2 minggu, aku dapat email untuk IV. Pihak diorang minta untuk bagi pengesahan boleh join ke tidak untuk IV tu nanti. Kalau boleh join untuk IV tersebut, diorang minta untuk ambik personality test. Diorang akan sediakan link.
FASA KETIGA
Disebabkan sekarang tahun covid, maka IV dijalankan secara atas talian melalui webinar zoom. Assessment dibahagian kepada 4 bahagian
- writing
- problem solving question
- group discussion
- presentation
Mula-mula masuk zoom ada sorang wakil dari SC yang briefing pasal training ni. Apa objektif, apa yang akan diajar dan untuk sesi IV ada berapa bahagian. Siap briefing, dia minta kitorg untuk masuk 1 link untuk jawab bahagian writing. Masa diberi cuma 30 minit. Memang gelabah bewak time ni. Untuk bahagian essay ada 3 tajuk, pilih 1 dan jawab dalam 300 patah perkataan. Antara tajuk yang ditanya:
1. Explain your observation - Malaysia's economy
2. Roles SC Malaysia dalam ICM
3. Macam mana awak nak contribute untuk development ICM lepas join training ni ?
*bonus: kalau korang bukak blog yang pernah join IV ni, tajuk diorang pun lebih kurang je.
Dah habis jawab essay, diorang akan bagi 1 link baru pulak untuk bahagian problem solving question. Untuk bahagian ni korang kena ada calculator sebab ada soalan math & english. Bagi aku soalan math dia tu senang je tapi bila korang jawab waktu kelam kabut, hummmmm hancuss. Antara soalan math yang aku ingat dia ada tanya pasal % dan lain-lain soalan pasal tambah tolak darab bahagi je. Soalan math 10 je rasa, lepas tu soalan english. Untuk soalang english ni dia bagi satu poem dan soalan berkaitan poem (garden). Dari poem tu dia tanya maksud ayat poem tu. Sumpah part ni aku macam amendee dia tanya. Aku memag tembak. Dari dulu aku tak suka literature english. Hahaha. Btw, untuk part ni jawab 30 minit je. Boleh bayang tak macam mana aku gelabah bewak ?
Dah settle bahagian dua, masuk bahagian group discussion. Untuk part ni, diorang bahagikan dalam group kecik dalam 6-7 orang 1 group dan ada sorang penilai dari SC. Aku dapat group pertama, ada 6 orang, sorang laki yang lain semua perempuan dan semua student. Penilai dari SC, En. Fendi. En Fendi tayang 1 video dan dia minta kitorang discuss berkaitan dengan video tu. Alaa, situasi dia sama macam muet. So, kitorang dapat video pasal penguin 'Iceberg is Melting'
Habis tengok video, discuss 30 minit, kitorang terus present apa yang kitorang dapat dari video tadi. Setiap sorang present. Settle bahagian ni masuk tugasan yang keempat kena sell yourself. Time ni, memang kena jual diri lah, kenapa diorang kena ambik aku bla bla... Time ni riak nak mampus . haha
FASA KEEMPAT
Selepas 2 minggu IV, pihak SC akan emailkan sama ada berjaya atau tak untuk join training ni. Aku tak tahu hasil dia lagi sebab aku masih menunggu keputusan. Jadi, aku nak minta tolong. Tolong doakan aku berjaya. Aku teringin nak join this training sebab aku nak tahu dengan mendalam pasal ICM. Untuk training ni yang dapat IV 400 orang, yang join untuk IV dalam 300++ dan yang bakal masuk untuk training ni cuma 50 orang. Dasyat kaaan.
Kalau korang takde nampak update pasal ICMGTS ni lagi dalam blog ni, maksudnya aku tak dapat lah tu. Jangan tanya banyak, pang kang. Hahaha
Btw, kalau korang google pasal ICMGTS tetibe tersampai blog aku, aku nak ucapkan tahniah sebab berjaya untuk IV ICMGTS. pssst : aku tulis entry ni sebab aku google pasal pengalaman assessment ICMGTS ni tapi tak banyak dan yang aku jumpa entry lama je. So sebab tu entry ni wujud.
Jadi, Sekian coretan aku :) TQ sebab sudi singgah baca
Note:
- Sekarang aku tengah prepare untuk exam CPSA . Tak tahu lah bernasib baik ke tak. Untuk CPSA ni, next entry aku cerita 👌
Comments
Post a Comment
Komen je lah apa-apa pun