INI KISAH TEMAN-TEMANKU PART 1

16:16:00

 Salam Alaikum :)

REMINDER: post ni ditulis untuk diri aku sendiri. Sebelum aku lupa kenangan aku dengan diorang, jadi aku catat disini sebagai kenangan di masa depan :) Post ni pun sangat panjang ^^ Jadi, aku ok je kalau korang nak close tab dan tak baca post ni . Haha

Sepatutnya tanggal 17 Oktober 2020 UM dah start berkonvo untuk meraikan students yang berjaya tamatkan pengajian pada tahun 2020. Tapi, disebabkan kes covid semakin meningkat maka UM tangguhkan konvokesyen tahun ni ke tahun hadapan. Sedikit sebanyak aku bersyukur sebabnya kalau buat tahun ni, hanya yang terpilih yang boleh pergi majlis konvokesyen. Ini satu benda yang tak adil bagi aku😆. Aku pun struggle jugak nak habiskan degree *Aku tak ceritakan lagi pasal bala aku sepanjang degree di UM.nanti aku share*

Aku daftar masuk UM 28.08.2016 di Kolej Kediaman Tunku Kurshiah (Kolej Ketiga UM). Masa mula-mula masuk sana aku hanya ada sorang kawan laki yang aku kenal dari diploma dan dia dapat satu kos yang sama dengan aku tapi lain kolej dengan aku. Jadinya, masa kelas first baru aku jumpa dia. Benda first yang kitorang buat adalah create group kelas. Dia invite budak laki dan aku invite budak perempuan. 

Semester 1, aku kawan dengan beberapa orang budak perempuan je dalam kelas tu. Masa ni aku tak boleh ngam dengan classmate aku sebab aku rasa communication aku dengan diorang tak selaras, hahaha . Budak perempuan dalam kelas kebanyakan dari asasi Nilampuri jadi diorang muda lagi masa masuk sambung degree (18 tahun) dan diorang ni sebaya adik aku dan masa ni diorang masih dengan semangat majmuah Nilampuri dan susah untuk aku 'masuk' dengan diorang. Masa semester satu ni, aku cuma berkawan dengan sorang budak STAM (ini sebab dia sorang-sorang je budak STAM dan dia pun tak boleh masuk dengan geng Nilampuri walaupun diorang sebaya. hahaahaha) , dua orang budak STPM dan tiga orang budak diploma. (Waktu ni kelas aku ada 16 budak perempuan). Budak lelaki, aku cuma tegur classmate aku dari diploma dan beberapa orang yang jenis senang bukak mulut tegur aku dulu. Hahaha 

Semester 2, classmate aku ada 30 orang semuanya sebab masa ni tambah 5 orang dari second intake. Dan masa semester 2 ni baru aku start bergaul rapat dengan classmate aku sebab masa ni kitorang dah diamanahkan untuk buat program jabatan dan masa ni kitorang sama-sama bertungkus lumus nak jayakan subjek Jalinan Masyarakat. Dan masa ni kitorang ambik subjek kuantitatif Dr Azam. Ni lecture paling seram sebab mesti akan ada orang yang kena repeat subject Dr *harap-harap Dr tak jumpa blog ni. hahahahahahahahaha* Walaupun ada masa kitorang bergaduh, tak sependapat tapi dari sini kitorang belajar saling kenal-mengenali antara satu sama lain. 

Aku paling suka dengan diorang ni sebab masing-masing tak berkira tenaga kerja, boleh support masing-masing punya minat dan bila nak exam akan ada yang buat nota, akan ada orang yang ajak buat study group sesama akan ada yang tolong ajar kawan-kawan yang masih blur dalam subjek-subjek tertentu. 

 bila buat video ni, sumpah rindu zaman belajar 😭

Dalam kelas aku ada 10 orang lelaki, 20 orang perempuan. Perangai memasing semua sesuci lebaran tapi bila kenal 3 tahun setengah habis semua perangai tak senonoh keluar 😂 Aku pernah cakap, aku nak describe perangai sorang-sorang dari perspektif aku, so here we go

Ali : Budak pandai ekonomi. Dari sem 1, budak kelas aku akan cari dia kalau nak exam subjek mikroekonomi. Mesti akan minta dia terangkan balik apa yang kitaorang takpaham dalam kelas. Senang kata, dia ni jenis tak kedekut ilmu dan sentiasa tenang senyum bila orang bahan dia

Amir Aiman: Masa mula jumpa dia, aku cop dia ni budak sombong dan jenis susah nak masuk air macam aku. Tapi bila lelama dan aku start kawan dengan dia tekaan aku masa mula-mula salah.hahaha . Dia bukan sombong tapi jenis tak kisah sangat pasal orang tapi kaki gosip jugak nih. Selalu membawang dengan aku budak nih. Dan sekarang aku rasa dia nih masih di fasa move on sebab tu sambung master. Kahkahkah 

Sufian: Dia ni paling function tambah-tambah kalau bab duit. Masa aku jadi bendahari program mesti dia akan banyak bantu tolong naik turun pejabat claim duit. Dia ni budak laki jenis rajin. Selalu function kalau bab study sebab tu dekan sentiasa. Cuma, aku paling terhibur kalau dengar dia gelak. haha . Eh satu lagi, dia ni kaki bahan orang tapi kalau orang bahan dia tahu pulak senyap 😎

Keme: Dia ni aku kenal dari diploma. Masa mula-mula masuk UM, bila orang tahu dia kawan dengan aku dah lama, ada lah jugak dua tiga orang datang dekat aku, risik pasal dia nih, puji dia ni baik, jenis tak kacau perempuan, pendiam je. Masa tu, aku tak tahu nak gelak ke nangis 😆 jadi aku cuma jawab "tunggu je lah dua tiga bulan lagi, keluarlah tu perangai sebenar. MUAHAHAAHA . BTW, dia ni baik lah sebab bila aku fail subjek aku mengadu dekat dia, dia dengar je dan siap bagi kata semangat suruh bertahan dan simpan rahsia aku fail tuh 😂 dan bila lapar, minta tolong dia belikan makanan, dia akan belikan tapi penatlah jugak nak pujuk suruh dia beli tuh 😂

 Ainol: Dia ni budak bijak. Pernah accident motor masa intern di Tabung Haji Perak dan agak teruk. Yang aku tahu pasal dia, anak mak sebab tu urusan dia selalu lancar. Digosipkan dengan classmate aku dan dia panggil aku mak dan aku panggil dia anak aku. Sekarang tengah taip pasal dia aku blur. Aku rasa aku tak rapat dengan dia sebab aku jarang bergosip dengan dia. KAHKAHKAH. tapi dalam memori aku, dia still budak baik dan tak pernah buat jahat dengan aku. 

Nabil: Budak Kedah. Jenis sopan, kecik je orangnya. Orang first dalam kelas yang kena panggilan hangit dengan aku. HAHAHA. Jenis tak suka susahkan mak ayah dan struggle untuk cari duit dan study. Kalau cakap dengan dia kena guna bahasa yang baik-baik takut dia terasa hati. 

Fikri: Budak Penang. Bukak mulut tu, teruih bunyi bising macam mami jarum 😆 Mulut jenis cakap lepas dan bebel macam mak-mak. Kerja sangat kemas dan dia suka kucing dan kaktus. Dia nih, emosi macam perempuan dan sebab tu budak perempuan senang masuk dengan dia. Aku kalau cakap dengan dia ni, tak boleh cakap KL, nanti kena sembuq dengan dia. HAHAHA. Benda paling sedih, bila dia cerita macam mana mak dia meninggal sebab aku boleh paham perasaan dia. 

Hubaib: Aku tak ingat macam mana aku boleh baik dengan budak ni tapi aku baik dengan dia sampai berjaya lah jadi Dr Cinta dia. Kahkahkah. Rahsia aku banyak dengan dia ni terutama bab yang aku TAKKAN cerita dengan orang lain, aku cerita dengan dia. Bila dia dah start bercinta, aku malas dah kacau dia ni sebab dia dalam fasa angau dan sekarang dia masih angau aku rasa. HAHAHAHA

Aziz: budak 2nd intake. Aku panggil dia ni wali masa mula-mula masuk sebab aku satu group dengan dia untuk subjek Dr Azam dan sentiasa selamat. Tak pernah kenal panggil untuk present sampailah ke minggu ke-10. Itupun kitorg tak tahu jawapan tapi still selamat tak kena maki hamun. Lama-lama classmate aku cakap mulut dia boleh tahan walaupun nampak senyap dan kalau dia mengamuk, fuuh menakutkan. 

Rahman: Aku tak baik dengan budak ni sebab dia aneh dari orang lain dan aku annoy dengan dia.  Hahaha jujur nya aku. mampos kalau dia jumpa blog aku. 

Bahagian describe budak perempuan, next entry. Rasa dah panjang aku taip 👀 chiouuuu duluuu 

You Might Also Like

0 comments

Komen je lah apa-apa pun

Total Pageviews

Like us on Facebook