Aku dan masa

 Salam Alaykum ^^ 


Haii πŸ™ŒπŸ» dah lama tak story mory dekat sini, asyik cerita dekat status whatsapp je, itu pun lepas 2-3 jam publish mesti delete πŸ˜‚ So, untuk kali 150 juta kali aku renew niat aku untuk aktif balik bercerita dekat sini 🀣 


Takde benda best pun untuk dikongsi, lagipun aku tak rasa ada manusia zaman sekarang yang still baca blog sebab pada aku blog dah agak old school sejak fb, ig, tik tok semua wujud. Pada aku manusia sekarang lagi suka tengok gambar dan video dan aku pun sama ✌🏼 cumanya, untuk aku bercerita, aku lebih suka menulis dan aku akan terus tetap menulis. Lagipun menulis ni satu terapi untuk aku. 


Tajuk aku untuk entry malam ni tentang aku dan masa. Sedar tak sedar, aku semakin ke penghujung 20-an. Dalam ingatan aku, aku baru habis sekolah menengah dan bila aku ingat balik, aku dah tinggalkan zaman sekolah 10 tahun yang lalu. Bila aku tersedar yang aku dah 10 tahun tinggalkan sekolah, jadi tak pelik bila kawan-kawan yang aku kenal sebelum nih, banyak berubah dan aku masih tetap aku yang sama. Pada aku, perubahan kawan-kawan aku adalah satu benda yang baik sebabnya diorang berubah ke arah yang lebih baik dan matang. Masing-masing dah punya kerjaya, dah kawen, dah ada family dan punya masalah yang lagi banyak untuk difikirkan. Mungkin, aku juga berubah cuma aku tak sedar. 



Hal yang aku sedar yang aku berubah adalah perangai aku semakin ke arah perangai ibu-ibu. Aku suka tengok barang dapur, aku suka tengok gambar dapur orang, bukak shopee and lazada pun aku akan cari barang-barang rumah. I don't know since when but dia punya feel bila tengok barang-barang rumah dan dapur tu, rasa bahagia yakmat. 





Moga suatu hari nanti, tuhan izinkan aku untuk ada rumah sendiri ✌🏼

Sesungguhnya tahun 2021, berbaki lagi 4 bulan sahaja dan aku ada lebih kurang 2 tahun sebelum masuk ke alam 30. Banyak list aku yang perlu aku buat sebelum capai 30 tahun. Doakan aku berjaya πŸ™ŒπŸ» Btw, untuk kalian yang still singgah baca blog usang nih, thank you sumpah terharu ♥️ Moga kalian dalam jagaan tuhan. 

So, aku rasa itu je cerita aku untuk aku warming up balik mood aku untuk menulis. Bye, chio dulu

Comments

  1. wahhh kim chaa akhirnya menerbitkan post!
    welcome back!
    semoga semua impian kc tercapai! ^_^

    ReplyDelete
  2. Takpeee kalau awak buat story kita bava je heheh

    Selamat kembali. kalau free2 cerita la kami baca :)

    Semoga sihat selalu awak. jaga diri okiii.

    Kita 26 masih rasa muda. padahal kawan2 dh beranak pinak dah nanan kisah pula akuuu :P

    Yang minat dah mcm mak2 tu okay lah mengaku juga hahaha geng lahh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen je lah apa-apa pun

Popular Posts