Kopi cheese

23:29:00

 Salam Alaykum ^^ 


Rajin aku menaip dekat blog nih dan harapnya berkekalan 😂 hokeeeeii, alkisahnya aku nak cerita pasal kopi. 



Tengahari tadi, lepas makan tetiba aku tehingin gila nak minum kopi dan aku bukak foodpanda dan tetibe rasa macam membazir sebab baru je minum kopi minggu nih dan voucher foodpanda tak boleh nak guna. Jadi, aku tengok atas peti ais ada serbuk instant kopi, bukak peti ais ada susu HL dan aku pun panaskan air dan bancuh kopi.

Dah siap bancuh try minum dan aku teringat semalam aku ada buat cheesekut dan cream cheese tu ada lebih jadi aku pun ambik letak dalam kopi aku dan whoaaaa rasanya bagi lidah aku sedap 😋 Kalau korang penah try minum kopi Gigi Buttercream Latte, haa macam tuh lah rasanya. Korang boleh lah try buat. Nah aku bagi resepi bodo-bodo dekat bawah ✍🏻


Resepi Kopi Cheese 

Bahan-bahan 

1. Satu paket kopi instant tak kisahlah brand apa pun, aku guna brand yang kat atas tu 

2. Susu HL atau apa apa brand yang korang suka 

3. Air panas 

4. Cream cheese + susu pekat + gula sikit (yang ni korang kacau lah bagi pekat atau pun blend je kalau malas macam aku)

Cara-cara: 

1. Letak kopi tambah air panas sikit dan goncang bagi sebati 

2. Tuang susu dalam cawan dan kalau nak sejuk letak ais 

3. Tuangkan kopi yang dah siap goncang dalam cawan yang korang letak susu tu 

4. Goncangkan atau kacau sebati 

5. Last sekali letaklah cream cheese tu atas air tu dan minum 


Tak tahu lah kena ke tak dengan tekak korang but for me it's delicious dan jimatlah duit aku tengahari tadi RM20 🤣 itulah kisah kopi cheese aku untuk hari ini ♥️











You Might Also Like

0 comments

Komen je lah apa-apa pun

Total Pageviews

Like us on Facebook