Selamat Tinggal Amal

 Salam Alaykum ^^ 


Hari ni tanggal 4 Ogos 2021, perginya kawan sekolah menengah aku disebabkan covid-19. Dah ramai orang meninggal disebabkan covid-19, tapi entah kenapa kematian Amal bagi satu kesan dekat aku. Sedangkan, masa sekolah dulu aku bukanlah rapat mana dengan Amal, cuma sekadar kawan sekelas. 


Apa yang aku ingat tentang Amal, dia orang yang baik, suka senyum dan suara dia halus lembut. Kalau dia marah pun cuma sebentar dan tak menakutkan. Dan satu hal lagi yang aku ingat tentang Amal adalah, dia orang yang sangat tegas. 


Semalam dalam group batch 94, ada sorang kawan bagitau yang amal bakal ditidurkan jadi malam semalam kami buat bacaan yassin secara maya dan memasing bagi cadangan malam ni buat lagi bacaan yassin untuk amal. 


Dan pagi tadi jam 8.42 pagi, salah seorang ahli group WhatsApp bagitau yang Amal telah pulang. Amal dikebumikan di Kuala Lumpur dan keluarganya hanya menghantar Amal pulang melalui video call sahaja. Apalah perasaan keluarga Amal, aku yang cuma sekadar kawan pun rasa sedih dan lagi kuat keinginan aku untuk pulang ke bumi jelapang padi. 




Pada tarikh yang sama tahun berbeza, Pak Tam (keluarga sebelah abah) telah pergi selamanya. 


Moga Allah mempertemukan Amal dan keluarganya di syurga kelak. Moga keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan covid-19 diberikan kekuatan jiwa dan ketenangan menghadapi ujian ini. 


Kalau ada lagi manusia yang berkata, covid ini adalah ancaman yahudi, ingatlah Allah itu pencipta segala makhluk dan Allah boleh menghantar sekecil-kecil makhluk untuk mengambil kita pulang ke destinasi abadi.



Comments

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...Al fatihah...salam takziah...

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun. ya Allah sedih sangat bila aa kenalan kita meninggal sebab covid ni. dulu selalu dengar berita daripada jauh je, sekarang ni orang meninggal sebab covid ni berada di sekelililng kita je. Makin lama makin dahsyat dan rmai yang affected :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen je lah apa-apa pun

Popular Posts