Tuhan Sangat Baik Dengan Aku

01:00:00

 Salam Alaykum ^^ 


Sekarang dah pukul 12.38 malam saat aku menulis nih. Aku nak tido sebenarnya tapi mata aku tak mengantuk lagi dan tetiba aku terfikir yang Tuhan sangat baik dengan aku. Hampir semua benda yang aku nak Tuhan bagi sampai kekadang aku lupa untuk mengucapkan kata terima kasih menunaikan setiap permintaanku. 

Aku pernah minta dengan Tuhan untuk ambil ibu aku dulu sebelum ayah, Tuhan izinkan, aku pernah minta untuk masuk universiti no satu di Malaysia, tuhan izinkan, aku pernah minta untuk kerja di bank yang besar di Malaysia, tuhan izinkan. Sungguh banyak lagi yang aku pernah minta dengan Tuhan dan Tuhan izinkan ia untuk berlaku. Dan aku tetap manusia yang selalu lupa dengan nikmat. Aku diberi nikmat tapi aku tetap mengeluh 🥺


Kekadang aku malu dengan Tuhan sebab aku sedar aku lebih suka mengeluh dari bersyukur. Tuhan bagi aku terlalu banyak nikmat tapi tetap aku mencari cela dalam hidup aku. Bila Tuhan hantar makhluk paling halus untuk hancurkan manusia masa tu aku sedar, rupanya banyak sangat nikmat tuhan yang aku lupa untuk bersyukur. Dari awal aku bangun pagi dah berpuluh-puluh nikmat yang aku dapat. Antaranya Tuhan masih izinkan aku bangun dari tidur untuk memohon keampunan atas dosa-dosa semalam, Tuhan izinkan aku bangun guna oksigen tanpa perlu susah payah, Tuhan izinkan aku hidup dalam Islam dan nikmat iman, tangan masih boleh bergerak, hidung masih boleh bau, lidah masih boleh merasa, kaki masih boleh melangkah dan banyak lagi nikmat yang tak terhitung dek akal. 

Gambar : Ihsan google. Moga ada rezeki untuk aku bawa keluargaku ke sini. Ameeen 

Tuhan itu terlalu baik dengan aku sehingga aku lupa untuk mengucap syukur. Untuk Tuhan yang sentiasa ada dengan aku, yang sentiasa memenuhi hajatku, Terima kasih atas segala nikmat ini. Terima kasih masih beri aku peluang untuk bertaubat kepadaMu, Terima kasih Tuhan kerana terlalu baik dengan aku. Moga dengan rahmat dan kasih sayangNya, diizinkan untuk aku, keluargaku, guru-guruku, sahabatku dan seluruh makhluk bersatu dalam syurga yang indah ✨ 

Tuhan itu terlalu baik. Sungguh tidak terhitung nikmat Tuhan. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki selalu.

    Seronok baca cerita orang yang apa yang dimahu itu dapat. Padahal kita pun dapat juga, cuma bukan yang dihendak...Tuhan punya pilihan itu lebih baik barangkali sebab pilihan yang kita minta itu tidak padan. Barangkali...cuba untuk bersangka baik....

    Aku tetap syukur...

    ReplyDelete

Komen je lah apa-apa pun

Total Pageviews

Like us on Facebook