OWNER

12:48:00 AM
SALAM ALAIKUM ;)






Nama: Aniesa Ahmad (bukan nama penuh)
Nickname dalam blog: Kim Chaa @ KC
Umur: 25 tahun
Tarikh Lahir: 1 Jun 1994
Asal: Kedah
Status: Bujang, single dan available sangat hahaha
Tinggi: 150cm . tahu, pendek. memang selalu orang panggil pendek.
Rupa paras: Biasa. Kulit tak putih, tak gelap lah sangat, biasa
Kelembutan: Super Ayuuu lagi lemah lembut. AHAHAHAH . ehhh silap, orang sopan gelak, hiiikss, sambil tutup mulut
Pekerjaan: Tengah struggle nak habiskan degree. kenapa lewat sangat habis degree ? boleh lah search cari dekat blog. rasanya ada cerita.
Tempat Belajar: UM . Aku masuk sini sebab bernasib baik je rasanya. Bijak ? tak jumpa lagi kat mana bijaknya aku. haha
Bidang Pengajian: Syariah & Ekonomi . Tau. Perangai aku tak macam budak Syariah. Haha. Tenang kawan, aku manusia. Kadang baik mengalahkan malaikat, kadang jahat setanding Firaun. Iman aku naik turun tak stabil.


Kenapa pilih untuk berblogging?

sebab dalam kepala otak banyak benda sampai tak cukup memori, maka blog adalah ruang yang sesuai untuk transfer segala memori dan kenangan

Kawan-kawan tahu tak yang awak berblogging?

mula-mula tak tahu, tapi lama-lama kantoi jugak. Hahaha. Mula-mula kena lah jugak nganjing, dan malu gila orang yang rapat kenal kita baca blog. tapi lama lama biasa dah . Tapi bila diorang dah jumpa blog, maka kisah banyak disembunyikan dan sebab tu jarang updated blog. Alasan . AHAHAAH

Dah lama ke masuk dunia blog?

masuk dunia blog dengan nama Kim Chaa ni, masa penghujung 2015. Sebelum ni, dah pernah masuk dunia blog, tapi deleted sebab waktu tu serabut tengok blog sendiri.

Ada kelebihan tak pada diri awak?

Sampai hari ni tak pasti kelebihan diri. Dan kalau nak tau, aku ada masalah nak percaya dengan diri sendiri. Selalu rasa aku loser dibanding orang lain. Haaa, tapi antara kelebihan aku yang aku rasa lebihnya aku, aku boleh nujum dan kaki stalker . Hahahaha .


Awak jenis pendiam ke peramah?

Ikut keadaan. adakala cakap banyak walaupun dengan irang baru kenal, tapi adakala diam malas nak bercakap. Ikut keadaan dan orang :)


Rasanya, cukup lah tu, pengenalan aku sebagai tuan rumah. Kalau ada benda lagi nak tanya dan nak tahu, tak pun tengah cari calon isteri, boleh laah contact aku . ahahaa.

cara untuk contact ? Boleh tengok sebelah, send email okey :)

Sekian,
Terima kasih :)
Moga terhibur baca blog aku ^^

Powered by Blogger.